MOA - Malay Version
<description>MOA</description>
<language>en-us</language>
<status>1</status>
Cadangan Pembinaan Jalan Ulu Tubai Dijangka Beri Manfaat Kepada 2,500 Penduduk
<description>KUCHING, 23 Mei (Bernama) -- Cadangan pembinaan jalan Ulu Tubai ke Mentawai sepanjang 35 kilometer di kawasan Dewan Undangan Negeri Batu Danau di utara Sarawak yang dijangka menelan belanja RM84 juta, bakal memberi manfaat kepada kira-kira 2,500 penduduk, kebanyakannya Iban dan Tagal.</description>
<status>1</status>
Tiada Kenaikan Harga Barang Keperluan Di Pahang
<description>RAUB, 23 Mei (Bernama) -- Tidak berlaku  sebarang kenaikan harga barang keperluan di Pahang dan khabar angin mengenai perkara itu dipercayai disebarkan pihak tertentu bagi memburuk-burukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang telah dipilih rakyat pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lepas.  </description>
<status>1</status>
Kerajaan Kedah Akan Atasi Segera Masalah Bekalan Air, Elektrik Di KHTP
<description>KULIM, 23 Mei (Bernama) -- Kerajaan Kedah akan menangani masalah bekalan elektrik dan air di kawasan Perusahaan Berteknologi Tinggi Kulim (KHTP) dalam masa terdekat, bagi memberi keselesaan kepada pengilang di situ.</description>
<status>1</status>
SAM Desak Kerajaan Perak Bertindak Terhadap Pencerobohan Rizab Bukit Merah
<description>GEORGE TOWN, 23 Mei (Bernama) -- Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Perak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menceroboh kawasan rizab Tasik Bukit Merah dengan menjadikannya ladang kelapa sawit.</description>
<status>1</status>
Eksport Produk Lada Malaysia Boleh Cecah RM650 Juta Pada 2020 - Uggah
<description>KUCHING, 23 Mei (Bernama) -- Kerajaan menyasarkan nilai eksport industri lada negara meningkat kepada RM650 juta menjelang 2020 kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Douglas Uggah Embas.</description>
<status>1</status>
AIM Sasar 30 Peratus Usahawan Mikro Berjaya Menjelang 2015
<description>KUALA TERENGGANU, 22 Mei  (Bernama) -- Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) menyasar dapat menghasilkan 30 peratus usahawan mikro berjaya menjelang 2015. </description>
<status>1</status>
Harga 11 Barangan Dikawal Sempena Perayaan Hari Gawai 2013
<description>KUALA LUMPUR, 22 Mei (Bernama) --  Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan harga maksimum bagi 11 jenis barangan terkawal mengikut Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Gawai tahun ini. </description>
<status>1</status>
Pembalakan Di Kelantan Terjejas Akibat Halangan Orang Asli
<description>KOTA BAHARU,  22 Mei (Bernama) -- Persatuan Usahawan Perkayuan Negeri Kelantan mendakwa tindakan penduduk Orang Asli menghalang kerja pembalakan di kawasan Ulu Kelantan, menjejaskan aktiviti pembalakan di negeri ini.</description>
<status>1</status>
Tiada Kenaikan Harga Barangan Di Kelantan
<description>KOTA BAHARU, 22 Mei (Bernama) -- Tidak berlaku  kenaikan harga barangan terkawal di Kelantan seperti digembar-gemburkan di laman sosial, demikian menurut Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kelantan. </description>
<status>1</status>
Sarawak Lancar Pelan Tindakan Bagi Masyarakat Terjejas Akibat Projek Empangan Murum
<description>KUCHING, 22 Mei (Bernama) -- Kerajaan Sarawak hari ini mengumumkan cadangan Pelan Tindakan Penempatan Semula bagi masyarakat yang terjejas secara langsung daripada projek empangan elektrik hidro Murum.</description>
<status>1</status>
APMM Tawau Gagalkan Cubaan Seludup Kayu Malam Dari Negara Jiran
<description>TAWAU, 22 Mei (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau menggagalkan cubaan menyeludup 57 batang kayu amara/malam dari negara jiran menggunakan bot malam Isnin lalu.</description>
<status>1</status>
Projek Tenaga Hidro Akan Tingkatkan Tahap Kehidupan Di Sarawak, Kata CEO SEB
<description>KUCHING, 22 Mei (Bernama) -- Penduduk Sarawak akan memperoleh manfaat yang lebih besar daripada projek-projek tenaga hidro di negeri ini memandangkan projek terbabit mampu meningkatkan mutu kehidupan mereka, kata Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Energy Bhd (SEB) Torstein Dale Sjotveit.</description>
<status>1</status>
Kehilangan Habitat, Pemburu Haram Ancam Populasi Beruang Madu
<description>SANDAKAN, 22 Mei (Bernama) -- Kehilangan habitat dan diburu secara haram untuk digunakan sebagai ramuan dalam perubatan tradisional adalah antara punca utama yang menyebabkan populasi beruang madu menurun hingga sekurang-kurangnya 30 peratus sejak tiga dekad lepas. </description>
<status>1</status>
Hujan Lebat Di Selatan China Korbankan 36 Orang Sejak Awal Bulan
<description>BEIJING, 21 Mei (Bernama) -- Beberapa kejadian hujan lebat yang berlaku di selatan China di Wilayah Guangdong sejak awal bulan ini telah mengorbankan 36 orang setakat ini.</description>
<status>1</status>
Kementerian Sumber Asli Dan Alam Sekitar Terus Pemantauan Melalui Udara Kekang Pembalakan Haram
<description>KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) akan meneruskan program pemantauan melalui tinjauan udara sepanjang tahun ini bagi menangani isu pencerobohan hutan dan pembalakan haram.</description>
<status>1</status>
Matrade Lancar Direktori Pengeksport Biojisim Malaysia Dan Perkhidmatan Berkaitan
<description>KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Direktori Pengeksport Biojisim Malaysia dan Perkhidmatan Berkaitan, yang menyediakan orang hubungan perniagaan 67 pengeluar produk dan perkhidmatan biojisim Malaysia yang sedia untuk mengeksport, kini telah tersedia kepada orang awam.</description>
<status>1</status>
Penyelidik USM Hasilkan Kit Pengesan DNA Khinzir
<description>GEORGE TOWN, 21 Mei (Bernama) -- Produk hasil penyelidikan Universiti Sains Malaysia (USM) 'Porcine DNA Detection Kit' mampu mengesan DNA khinzir dalam daging mentah dan produk daging diproses seperti sosej dan burger. </description>
<status>1</status>
41 Stesen Pertanian Di Sarawak Sudah Siap Diperbaiki - Jabu
<description>KUCHING, 21 Mei (Bernama) -- Sebanyak 41 daripada 46 buah stesen pertanian yang telah dilulus untuk penambahbaikan sejak dua tahun lepas di seluruh Sarawak telah siap diperbaiki, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu.</description>
<status>1</status>
H7N9 Ditemui Dalam Sampel Ayam Di China
<description>BEIJING, 20 Mei (Bernama) -- Virus H7N9 dikesan dalam sampel ayam di Provinsi Guangdong di selatan China, kata pihak berkuasa pertanian China Isnin.</description>
<status>1</status>
Permintaan Global Bagi Biojisim Meningkat, Kata EU
<description>KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Biojisim dijangka kekal sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui penting, membekalkan kira-kira 57 peratus daripada tenaga boleh diperbaharui menjelang 2020, kata Duta dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia, Luc Vandebon.</description>
<status>1</status>
PSSAAS Berhasrat Komersilkan Produk Rekaan Pelajar Dan Pensyarahnya
<description>SHAH ALAM, 20 Mei (Bernama) -- Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (PSSAAS) berhasrat mengkomersilkan semua rekaannya yang memenangi empat pingat emas di Pameran Reka Cipta Inovasi dan Teknologi Antarabangsa ke-24 (ITEX  2013) di Kuala Lumpur baru-baru ini. </description>
<status>1</status>
Penerokaan Hutan Di Pos Terisu Ikut Undang-undang - Adnan Yaakob
<description>KUANTAN, 20 Mei (Bernama) -- Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob Isnin menjelaskan penerokaan tanah seluas 24 hektar di Pos Terisu, Cameron Highlands adalah mengikut undang-undang</description>
<status>1</status>
TH Plantations Bina Kilang Penapisan Minyak Sawit Di Sarawak
<description>KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- TH Plantations Bhd, yang telah pun mempunyai enam kilang minyak sawit di Semenanjung Malaysia, merancang untuk mendirikan kilang penapisan minyak sawit pertamanya di Sarawak, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Azwar Zainal Aminuddin.</description>
<status>1</status>
Program 'Jom Kita Ke Sawah' Suntik Semangat Belia Tanam Padi Di Sabah - Rosnah
<description>PAPAR, 19 Mei (Bernama) -- Pendedahan yang baik berkaitan cara penanaman padi kepada golongan belia mampu menyuntik semangat untuk memajukan aktiviti itu di Sabah, sekali gus menghasilkan pendapatan lumayan, kata Anggota Parlimen Papar Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin.</description>
<status>1</status>
LKIM Perlukan RM350 Juta Naik Taraf Pelabuhan Perikanan Chendering
<description>KUALA TERENGGANU, 17  Mei (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Terengganu memerlukan peruntukan kira-kira RM350 juta untuk menaik taraf kemudahan di Pelabuhan Perikanan Chendering di sini untuk menjadikannya pusat pelabuhan perikanan berdaya maju. </description>
<status>1</status>
KiTA Bantu Pulihara Hidupan Liar Dan Hutan Semulajadi Di Kinabatangan
<description>SANDAKAN, 17 Mei (Bernama) -- Usaha membantu pemuliharaan hidupan liar dan hutan semula jadi di kawasan Hilir Kinabatangan menjadi tumpuan utama kepada penubuhan Persatuan Pengusaha Pelancongan Koridor Kehidupan Kinabatangan (KiTA)</description>
<status>1</status>
FAMA Lebarkan Perkhidmatan Pasar Bergerak 1Malaysia Ke Seluruh Negara Bulan Depan
<description>KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) akan melebarkan perkhidmatan  Pasar Bergerak 1Malaysia ke seluruh negara termasuk di Sabah dan Sarawak bulan depan. </description>
<status>1</status>
Kurangkan Pengambilan Garam Bagi Membendung Hipertensi - CAP
<description>GEORGE TOWN, 17 Mei (Bernama) -- Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa rakyat Malaysia mengurangkan garam dan bahan perasa ketika memasak untuk membendung hipertensi.</description>
<status>1</status>
Cuaca Panas Dan Kering Dijangka Sehingga September
<description>KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Cuaca panas  dan kering dijangka berlaku sehingga September ini berikutan musim Monsun Barat Daya yang bermula Rabu lepas.</description>
<status>1</status>
Dusun Buah-buahan Dicadang Diwujud Di Kawasan Menara KL
<description>KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Pokok  buah-buahan dicadang untuk ditanam  di sekitar kawasan Menara Kuala Lumpur (Menara KL), menjadikan ia satu-satunya kawasan di bandaraya ini yang mempunyai dusun buah-buahan.</description>
<status>1</status>
81 Peniaga Pasar Lama Jerteh Berpindah Ke Jerteh Souq
<description>BESUT, 16 Mei (Bernama) -- Sekumpulan 81 peniaga barangan kering dan basah di Pasar Jertih Lama dipindahkan ke Jertih Souq berikutan struktur pasar lama sudah tidak selamat digunakan.</description>
<status>1</status>
Baja Organik 'biojadi' Tunjuk Hasil Mengagumkan Di Sabah
<description>KOTA KINABALU, 16 Mei (Bernama) -- Majlis Perniagaan BIMP-EAGA berkata inisiatif untuk memperkenalkan BioJadi -- baja organik buatan Malaysia -- kini, telah mula menunjukkan hasil.</description>
<status>1</status>
MFM Lihat Myanmar Sebagai Pasaran Berpotensi Untuk Perniagaan Pengilangan Tepung
<description>KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Malayan Flour Mills Bhd (MFM) melihat
Myanmar sebagai sebuah pasaran yang berpotensi untuk perniagaan pengilangan tepung.</description>
<details>KUALA  LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Malayan Flour Mills Bhd (MFM) melihat Myanmar sebagai sebuah pasaran yang berpotensi untuk perniagaan pengilangan tepung.
<status>1</status>
Sektor Pelancongan Di Timur Sabah Kembali Pulih - KiTA
<description>SANDAKAN, 15 Mei (Bernama) -- Sektor pelancongan di kawasan timur Sabah yang terjejas akibat insiden pencerobohan pengganas militan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Februari lepas, kini beransur pulih.</description>
<status>1</status>
Wakil Rakyat Rancang Bina Dan Naik Taraf Tiga Buah Jeti Di Pulau Sebatik
<description>TAWAU, 15 Mei (Bernama) -- Anggota Dewan Undangan Negeri Sebatik Abdul Muis Picho berkata pihaknya merancang membina semula dan menaik taraf tiga buah jeti di Pulau Sebatik dalam tempoh lima tahun akan datang demi manfaat lebih 3,000 penduduknya.</description>
<status>1</status>
Golongan Nelayan Bantah Pakatan Rakyat Adakan Perhimpunan Di Ulu Tiram Malam Ini
<description>JOHOR BAHARU, 15 Mei (Bernama) -- Sekumpulan 60 nelayan dari Kampung Sungai Melayu di sini Rabu mengadakan demonstrasi secara aman bagi membantah tindakan Pakyat Rakyat yang dijadual mengadakan Perhimpunan 505 di Taman Puteri Wangsa, Ulu Tiram malam ini.</description>
<status>1</status>
Kaedah Memasak Tidak Bersih Sebabkan Pencemaran Makanan
 KUALA LUMPUR (Bernama) -- Tidak lama dulu, penulis pernah menghadiri majlis kesyukuran di rumah seorang kenalan yang diadakan pada sebelah tengah hari di Kuala Selangor dekat sini.</description>
<status>1</status>
Persatuan Kontraktor Melayu Harap Wujudkan Semula Kementerian Pembangunan Usahawan
<description>IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM) Perak berharap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mewujudkan semula Kementerian Pembangunan Usahawan.</description>
<status>1</status>
PPB Group Buat Pelaburan Besar Untuk Segmen Pengilangan Tepung
<description>KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- The PPB Group Bhd merancang membuat pelaburan besar dalam segmen kilang tepung dan memperuntukkan RM307 juta untuk perbelanjaan modal tahun ini.</description>
<status>1</status>
Pengeluaran Getah Asli Mac Turun 7.5 Peratus Kepada 70,304 Tan Metrik
<description>KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia pada Mac turun 7.5 peratus kepada 70,304 tan metrik tetapi naik 4.3 peratus berbanding bulan yang sama tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan. </description>
<status>1</status>
Pemantauan Ditingkatkan Banteras Kegiatan Haram Tangkap Ikan Sungai Di Pahang
<description>TEMERLOH, 13 Mei (Bernama) -- Jabatan Perikanan Pahang akan meningkatkan pemantauan dan rondaan di sungai-sungai di negeri ini bagi membanteras kegiatan menangkap ikan secara haram yang boleh memupuskan baka ikan.</description>
<status>1</status>
Sarawak Sasar Delegasi MICE Bernilai RM40 Juta Tahun Ini
<description>MIRI, 13 Mei  (Bernama) -- Sarawak, yang diiktiraf kerana kekayaan hutan hujan Borneo dan budayanya, menyasarkan untuk mendapatkan lebih RM40 juta tahun ini melalui bidaan mendapatkan penganjuran 45 mesyuarat dan konvensyen antarabangsa di bandar raya ini. </description>
<status>1</status>
Kenanga Research Yakin Terhadap Sektor Perladangan
<description>KUALA LUMPUR, 13 Mei (Bernama) -- Kenanga Research yakin terhadap sektor perladangan dan percaya keadaan terburuk sepatutnya harga minyak sawit mentah (MSM) sudah berakhir berikutan penurunan jumlah inventori dijangka dapat memberikan sokongan kukuh ke atas harga.</description>
<status>1</status>
Yahya Gariskan Misi Transformasi Sektor Pertanian Sabah Menjelang 2020
<description>KOTA KINABALU, 13 Mei  (Bernama) -- Negeri Sabah akan melaksanakan enam strategi untuk mentransformasikan sektor pertanian negeri itu ke tahap yang baik menjelang 2020. </description>
<status>1</status>
Persidangan Biomas Asia Mahu Tangani Isu Lazim Sektor Biomas
<description>KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) -- Persidangan Biomas Asia 2013, yang akan diadakan di sini pada 21-22 Mei, diharap menangani isu-isu lazim sektor biomas, dengan fokus khas pada Asia.</description>
<status>1</status>
Malaysia Dan Australia Siasat Dakwaan Kekejaman Terhadap Kambing
<description>PUTRAJAYA, 10 Mei (Bernama) -- Malaysia sedang bekerjasama dengan  Australia bagi menyiasat dakwaan kekejaman terhadap kambing dari negara itu yang dieksport ke negara ini.</description>
<status>1</status>
UPM Rancang Bangunkan Pusat Keselamatan Makanan
<description>SERDANG, 9 Mei (Bernama) -- Universiti Putra  Malaysia (UPM) merancang untuk menubuhkan Pusat Keselamatan Makanan sebagai sebuah pusat khusus bagi menyelaras bidang pertanian bandaran, keselamatan makanan dan memperkasa kepentingan pertanian.</description>
<status>1</status>
Keenakan 'Sambal Hitam' Tradisional
JERANTUT  (Bernama) -- Pokok belimbing buluh yang berbuah lebat pada musimnya, biasa buahnya terbiar berguguran ke tanah begitu sahaja, kerana tidak ramai yang memanfaatkannya kecuali seorang dua yang rajin mengutip untuk dijadikan bahan campuran gulai atau sambal. </description>
<status>1</status>
H7N9: PPIM Desak 98 Kontena Ayam Dihantar Balik Ke China
<description>KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) harus menghantar balik 98 kontena ayam nyahtulang beku dari Shandong, China, sebagai langkah mengelak import wabak selesema burung (H7N9) ke Malaysia, kata Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).</description>
<status>1</status>
Pekebun Kecil Risda Digalakkan Tuntut Bantuan Khas RM500
<description>SEREMBAN, 8 Mei (Bernama) -- Pekebun kecil Risda di negeri ini yang belum menerima bantuan khas RM500 yang diberikan berikutan kejatuhan harga getah  digalakkan untuk menuntutnya, kata Pengarah Risda negeri Zainon Harun.</description>
<status>1</status>
Ain Aquaculture Mampu Jual 2 Juta Benih Ikan Sebulan
<description>KOTA BAHARU, 8 Mei (Bernama) -- Bermula dengan membina kolam ikan secara kecil-kecilan untuk dijadikan hiasan di taman rumah rehatnya di Kampung Pulau Gajah di sini kira-kira dua tahun lalu, bekas peguam Datuk Wan Ariff Wan Hamzah kini berjaya membekalkan dua juta benih ikan sebulan melalui syarikat miliknya Ain Aquaculture Sdn Bhd.</description>
<status>1</status>
3,000 Pelancong Dijangka Meriahkan Pesta Makanan Etnik Damai 2013
<description>KUCHING, 8 Mei (Bernama) -- Kira-kira 3,000 pelancong dalam dan luar negara dijangka memeriahkan Pesta Makanan Etnik Damai 2013 yang bakal diadakan di pusat peranginan terkenal, Damai Beach Resort (DBR) mulai 11 Mei ini.</description>
<status>1</status>
Jabatan Perikanan Tingkatkan Kempen Hasilkan Ikan Berkualiti Tinggi
<description>KOTA  BAHARU, 8 Mei (Bernama) -- Jabatan Perikanan sedang meningkatkan usaha menggalakkan pengusaha ternakan akuakultur meningkatkan hasil pengeluaran yang bersih dan sihat untuk menampung keperluan tempatan dan luar negara.</description>
<status>1</status>
Musim Kemarau Memberi Rezeki Lebih Kepada Petani Kelapa
<description>MARANG, 8 Mei (Bernama) -- Musim panas yang melanda negeri ini memberi pendapatan yang lebih kepada petani kelapa khususnya yang membekalkan air kelapa kerana permintaan terhadap minuman ini meningkat dua kali ganda</description>
<status>1</status>
F&N Sasar Peneraju Produk Tenusu Di Malaysia
<description>KUALA LUMPUR, 8 Mei (Bernama) -- Fraser & Neave Holdings Bhd menyasarkan untuk mengekalkan kedudukan penerajunya di dalam segmen minuman tenusu, siap diminum, sambil mengukuhkan jenama di Malaysia, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ng Jui Sia pada Rabu.</description>
<status>1</status>
Syarikat PKS Terpilih Untuk Anugerah E50 Disaran Sahkan Penyertaan Sebelum 10 Mei
<description>KUALA  LUMPUR, 7 Mei (Bernama)- Syarikat-syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terpilih menyertai program "The Enterprise 50 Awards" (E50) 2013 anjuran SME Corp. Malaysia, digalakkan mengesahkan penyertaan mereka selewat-lewatnya pada 10 Mei ini. </description>
<status>1</status>
Makanan Tradisional Rakyat Sabah Berpotensi Dikomersilkan
<description>KOTA KINABALU, 7 Mei (Bernama) -- Makanan tradisional pelbagai kaum di Sabah berpotensi untuk dikomersilkan di pasaran tempatan mahupun antarabangsa.</description>
<status>1</status>
Polis Marin Tawau Rampas Barangan Kawalan Bernilai Lebih RM9,000
<description>TAWAU, 7 Mei (Bernama) -- Pasukan Polis Marin Tawau berjaya merampas pelbagai jenis barangan kawalan termasuk diesel dan beras bernilai RM9,909 dipercayai cuba diseludup keluar dan masuk ke Tawau dalam tiga kes semalam.</description>
<status>1</status>
LKTN Sasar Tanam 5,000 Hektar Kenaf Menjelang 2015
<description>KOTA BAHARU, 7 Mei (Bernama) -- Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) mensasarkan tanaman kenaf seluas 5,000 hektar di seluruh negara menjelang 2015, kata Ketua Pengarahnya, Datuk Ahmad Loman.</description>
<status>1</status>
Sarung Tangan Getah Terus Dapat Permintaan
<description>KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Sarung tangan getah akan terus mendapat permintaan pada purata tahunan 10 peratus di Malaysia, walaupun trend lebih terarah kepada sarung tangan berasaskan nitril.</description>
<status>1</status>
Sektor Pertanian Terus Jadi Tumpuan Kerajaan, Kata KSN
<description>KANGAR, 3 Mei (Bernama) -- Sektor pertanian akan terus menjadi tumpuan kerajaan, termasuk dalam usaha memperkasa industri agromakanan, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ali Hamsa.</description>
<status>1</status>
586 Penduduk Di Tongod Terima Geran Tanah Berkelompok
<description>KINABATANGAN, 3 Mei (Bernama) -- Sekumpulan 586 penduduk Kampung Kawayoi Inarad dan Purutawoi di Tongod Jumaat menerima geran tanah berkelompok dengan keluasan keseluruhan 3,197 hektar daripada kerajaan negeri Sabah.</description>
<status>1</status>
Gempa Bumi Sederhana Landa Sumatera Utara
<description>KUALA LUMPUR, 3 Mei (Bernama) -- Gempa bumi sederhana berukuran 5.4 pada skala Richter melanda pantai barat Sumatera Utara di Indonesia pada 3.40 pagi Jumaat.</description>
<status>1</status>
Pulau Aman Berpotensi Jadi Destinasi Pelancongan Hebat
BATU KAWAN, (Bernama) -- Pulau Aman,  nama yang seindah rupa, walau agak asing bagi sesetengah orang tapi tetap menjanjikan ketenteraman dan ketenangan kepada pengunjung sama ada bagi menikmati menu istimewa iaitu mee udang atau melakukan aktiviti riadah sambil berehat bersama keluarga.</description>
<status>1</status>
Perda Peruntukan RM200 Juta Untuk Pelbagai Projek Pembangunan
<description>TASEK GELUGOR, 2 Mei (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda) memperuntukkan RM200 juta untuk pelbagai projek pembangunan di wilayah itu sepanjang tempoh lima tahun dari 2008 hingga 2013, kata Pengerusinya Datuk Azhar Ibrahim</description>
<status>1</status>
Tamu Gadong Dibuka Semula -- Musa Aman
<description>BEAUFORT, 2 Mei (Bernama) -- Tamu Gadong yang pernah popular di kalangan penduduk Gadong sekitar era 1970-an dibuka semula Khamis bagi memberi ruang kepada penduduk setempat untuk berniaga dan meningkatkan taraf sosioekonomi mereka.</description>
<status>1</status>
Perkhidmatan Penilaian Psikologi Pulihkan Trauma Penduduk Sekitar Felda Sahabat
<description>LAHAD DATU, 2 Mei (Bernama) -- Perkhidmatan penilaian psikologi kepada penduduk di beberapa perkampungan sekitar gugusan Felda Sahabat yang terjejas berikutan insiden pencerobohan pengganas dilihat mampu memulihkan perasaan trauma mereka.</description>
<status>1</status>
Pasir Penambang Akan Dimajukan Sebagai Destinasi Agro-Pelancongan: Noh
<description>KUALA SELANGOR, 1 Mei (Bernama) -- Pasir Penambang, sebuah perkampungan nelayan di Kuala Selangor, bakal berubah wajah tidak lama lagi apabila  dimajukan menjadi perkampungan agro-pelancongan.</description>
<status>1</status>
IHP Mac Turun 4.2 Peratus Kepada 125.1
<description>KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Indeks Harga Pengeluar (IHP)  domestik Malaysia bagi Mac menguncup 0.8 peratus kepada 125.1 berbanding 130.6 pada bulan yang sama tahun lepas, demikian menurut Jabatan Perangkaan hari ini. </description>
<status>1</status>
320,000 Pekebun Kecil Risda Mula Terima Bantuan Khas
<description>KANGAR, 30 April (Bernama) -- Seramai 320,000  pekebun kecil Risda di seluruh negara yang berhadapan kejatuhan harga getah mula menikmati bantuan khas. </description>
<status>1</status>
E-Maritim Pertingkat Keberkesanan Sistem Pengangkutan Laut Negara
<description>SHAH ALAM, 30 April (Bernama) -- Pengurusan pengangkutan laut berasaskan elektronik atau 'e-maritim' yang dibangun oleh Jabatan Laut dan agensi berkaitan menjadi pemangkin kepada usaha mempertingkat aktiviti perdagangan serta ekonomi bersandarkan lautan di negara ini.</description>
<status>1</status>
Kesinambungan Transformasi Pembangunan Dungun Keutamaan Rosli
 DUNGUN (Bernama) -- Dungun akan terus menikmati kepesatan pembangunan dalam agenda program tranformasi oleh kerajaan persekutuan di samping menyaksikan kedudukannya sebagai bandar pendidikan dan bandar pelancongan terus diperkukuh.</description>
<status>1</status>
28 Nelayan Vietnam Ditahan APMM Di Kuantan
<description>KUANTAN, 29 April (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kuantan berjaya menahan 28 nelayan warga Vietnam yang menangkap ikan di perairan negara ini menggunakan peralatan yang diharamkan.</description>
<status>1</status>
Peneroka Felcra Sri Makmur Terima Geran Tanah
<description>PEKAN, 29 April (Bernama) -- Sebanyak 186 peserta Felcra Sri Makmur 1 dan 2, dekat sini bersyukur apabila menerima geran hak milik tanah masing-masing.</description>
<status>1</status>
Risda Peruntukkan RM160 Juta Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah Kepada 320,000 Pekebun Kecil
<description>POKOK SENA, 29 April (Bernama) -- Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) memperuntukkan RM160 juta sebagai bantuan kepada 320,000 pekebun kecil di seluruh negara berikutan kejatuhan harga getah di pasaran ketika ini.</description>
<status>1</status>
Transformasi Pertanian Kerajaan BN Bukan Janji Kosong - Noh Omar
<description>KUALA SELANGOR, 27 April (Bernama) -- Transformasi pertanian yang dijalankan kerajaan Barisan Nasional telah memberi kesan ke arah memacu Malaysia menjadi negara maju dan ia bukan sekadar janji kosong yang sering dicanang pakatan pembangkang.</description>
<status>1</status>
Biotechcorp Naikkan Sasaran Pelaburan Fasa 2 Kepada RM20 Bilion
 CHICAGO, 26 April (Bernama) -- Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd (BiotechCorp) telah menaikkan jumlah pelaburan sasarannya bagi Fasa 2 Dasar Bioteknologi Negara kepada RM20 bilion daripada RM9 bilion sebelumnya.</description>
<status>1</status>
Peluang Berniaga Di Pasar Tani Untuk Warga Putrajaya
<description>PUTRAJAYA, 26 April (Bernama) -- Peluang untuk berniaga di Pasar Tani di sini akan turut diberikan kepada penduduk setempat terutama pada bulan Ramadan.</description>
<status>1</status>
Selangor Bentang Kad Laporan Kerana Terdesak - Noh Omar
<description>KUALA SELANGOR, 26 April (Bernama) -- Hasrat Kerajaan Selangor mahu membentangkan kad laporan pentadbirannya sebagaimana pernah dilakukan Barisan Nasional (BN), jelas menunjukkan bahawa mereka dalam keadaan terdesak, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.</description>
<status>1</status>
Harumanis Akan Dipromosikan Di Hong Kong
<description>KANGAR, 26 April (Bernama) -- Perlis akan  mempromosikan keistimewaan mempelam harumanis ke Hong Kong bulan depan sebagai langkah mencari pasaran baru di luar negara. </description>
<status>1</status>
Malaysia Sasar Jadi Hub Biofarmeseutikal, Keluarkan Ubat Dengan Kos Berdaya Saing
 CHICAGO, 25 April (Bernama)-- Malaysia sedang meletakkan dirinya sebagai hub biofarmaseutikal yang mengeluarkan ubat dengan kos berdaya saing, terutamanya untuk pasaran pesat membangun berikutan inisiatif usaha sama yang dicapai dengan firma asing di satu persidangan bioteknologi ternama di sini.</description>
<status>1</status>
Fama Terengganu Berjaya Lahir 248 Usahawan PKS
<description>KUALA TERENGGANU, 25 April (Bernama) -- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu telah berjaya melahirkan 248 orang usahawan dalam bidang Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di negeri ini dalam masa tujuh tahun lalu.</description>
<status>1</status>
APMM Tawau Tahan 11 Nelayan Asing Di Perairan Batuan Tangan
<description>TAWAU, 25 April (Bernama) --  Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)  Tawau menahan 11 nelayan yang disyaki warga asing beserta empat bot dinaiki mereka selepas didapati tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah. </description>
<status>1</status>
Bantuan Khas Risda Untuk Lebih 3,000 Pekebun Kecil Getah Di Sarawak
<description>KUCHING, 24 April (Bernama) -- Seramai 3,225 pekebun kecil getah di Sarawak akan menerima bantuan khas sekali bayar RM500 seorang dari Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) bagi meringankan beban mereka semasa menghadapi kemerosotan harga komoditi itu di pasaran dunia sekarang.</description>
<status>1</status>
Keindahan Gugusan Labian Terus Terserlah
 LAHAD DATU, (Bernama) --  Perkampungan di Gugusan Labian, yang menjadi perhatian umum susulan krisis pencerobohan pengganas Sulu dari Selatan Filipina baru-baru ini, sebenarnya adalah sebuah kawasan berpanorama indah. </description>
<status>1</status>
Kem 'Si Penyu' Tingkat Kesedaran Pelajar Pulihara Ekosistem
<description>KUALA TERENGGANU, 24 April  (Bernama) -- Seramai 39 orang pelajar Sekolah Kebangsaan Pulau Redang akan menyertai kem 'Si Penyu' anjuran Unit Penyelidikan Penyu (SEATRU), Institut Oseonografi dan Sekitaran (INOS), Universiti Malaysia Terengganu (UMT). </description>
<status>1</status>
Projek Azam Tani Berjaya Bantu Lebih 11,700 Keluarga Miskin
<description>JITRA, 24 April (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berjaya membantu 11,708 keluarga miskin melalui projek Azam Tani di bawah inisiatif program Akhiri Zaman Miskin (1AZAM) yang diperkenalkan kerajaan pada 2010 untuk meningkatkan taraf hidup rakyat</description>
<status>1</status>
Nelayan Melaka Barat Hargai Elaun Sara Hidup Kerajaan BN
<description>ALOR GAJAH, 24 April (Bernama) -- Sejumlah RM181,200 bayaran elaun sara hidup bulanan telah diagihkan kepada 227 nelayan kawasan Melaka Barat dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.</description>
<status>1</status>
Kes Penyakit Berjangkit Sebuah Pusat Perniagaan Tiada Kaitan H7N9 - KP Kesihatan
<description>KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Beberapa kes penyakit berjangkit yang berlaku di kalangan pekerja sebuah pusat perniagaan di sini bulan lepas, berpunca daripada bakteria Legionella dan tiada kaitan dengan virus Influenza A H7N9 seperti didakwa mereka, menurut Kementerian Kesihatan.</description>
<status>1</status>
Menikmati 'Panini' Sardin Cili Padi Di Kota London
LONDON, 22 April (Bernama) --  "Saya ada dua kafe iaitu di Bow dan Whitechapel, di timur kota London. Di situ saya buat roti, kek, croissant dan masakan lain dari Malaysia.</description>
<status>1</status>
Melaka: 90 Peserta Projek Pemodenan Transformasi Luar Bandar Terima Kunci Rumah
<description>JASIN, 22 April (Bernama) -- Sebanyak 90 peserta yang terpilih menyertai Program Rimbunan Kaseh, projek pemodenan transformasi luar bandar di negeri ini, hari ini menerima kunci kediaman masing-masing.</description>
<status>1</status>
FAMA Jangka Pengeluaran Harumanis Musim Ini Mencecah Sejuta Biji
<description>KANGAR, 19 April (Bernama) --  Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) menjangkakan pengeluaran mempelam harumanis di Perlis tahun ini mencecah sejuta biji. </description>
<status>1</status>
Felda Berjaya Tingkatkan Pendapatan Peneroka - Tengku Razaleigh
<description>GUA MUSANG, 19 April (Bernama) -- Ketua Umno bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah menyifatkan peneroka yang tinggal di Tanah Rancangan Felda seluruh negara sebagai golongan yang paling bertuah kerana mendapat pembelaan sepanjang masa daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).</description>
<status>1</status>
Ketengah Capai Pembangunan Drastik Hasil Sokongan BN
 DUNGUN, 19 April (Bernama) -- Suatu ketika dahulu, kawasan pedalaman yang hendak dibangunkan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) hanya dikelilingi hutan belantara dan dihuni haiwan liar.</description>
<status>1</status>
FGV Beli Kilang Penapis Biodiesel Dengan Harga RM35 Juta
<description>KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) menerusi anak syarikatnya, Felda Global Ventures Downstream Sdn Bhd (FGV Downstream) memeterai perjanjian pembelian aset dengan Mission Biotechnologies Sdn Bhd (MBSB) untuk membeli aset FGV Downstream termasuk kilang penapis
biodiesel di Pelabuhan Kuantan dengan harga US$11 (RM35 juta)</description>
<status>1</status>
Bantun Khas RM500 Seorang Kepada Pekebun Kecil Risda
<description>PORT DICKSON, 18 April (Bernama) -- Seramai 320,000 pekebun kecil di bawah Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) akan menerima bantuan khas RM500 seorang dalam masa terdekat.</description>
<status>1</status>
Felda Pohon Dapatkan Perintah Penghakiman Ingkar Terhadap Setiausaha Agung PKR
<description>KUALA LUMPUR, 18 April (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan  (Felda) memohon mendapatkan perintah penghakiman ingkar terhadap Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution Ismail kerana gagal memfailkan memorandum kehadirannya di mahkamah dalam satu kes saman fitnah.</description>
<status>1</status>
Raja Muda Perlis Mahu Komoditi Harumanis Diperkasakan
<description>KANGAR, 18 April (Bernama) -- Raja Muda Perlis  Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mahu komoditi harumanis, sejenis mempelam yang menjadi ikon bagi negeri Perlis. diperkasakan kualitinya manakala pengeluarannya ditingkatkan sehingga menjadi sebutan di seluruh rantau ini. </description>
<status>1</status>
Nelayan Terengganu Berjaya Buka Pasar Nelayan Di Selangor
 DUNGUN (Bernama) -- Penerima anugerah nelayan jaya kebangsaan 2005 menerima kepercayaan daripada Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) apabila dilantik sebagai pemasar ikan segar Pasar Nelayan di Lembah Klang, Selangor.</description>
<status>1</status>
IHP Naik 1.6 Peratus Pada Mac
<description>KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Indeks Harga Pengguna (IHP) untuk Mac tahun ini naik 1.6 peratus kepada 106.2 daripada 104.5 pada bulan yang sama tahun lepas. </description>
<status>1</status>
Penarikan Balik GPT Kanada Beri Kesan Kepada 11 Eksport Malaysia
<description>KUALA LUMPUR, 17 April (Bernama) -- Kadar tarif bagi 11 eksport utama Malaysia ke Kanada akan meningkat mulai 1 Jan, 2015, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Malaysia (Matrade) dalam satu kenyataan Rabu. </description>
<status>1</status>
Pembeli China Pembeli Tertinggi IBM Di Mihas 2013
 BEIJING, 17 April (Bernama) -- Pembeli China mendahului  senarai jualan dalam Misi Belian Masuk (IBM) di Pameran Halal Antarabangsa ke-10 (MIHAS) dengan jualan RM213.15 juta atau 51.82 peratus daripada jumlah jualan sebanyak RM411.32 juta.</description>
<status>1</status>
Malaysia Jangka Perdagangan Dengan Negara Amerika Latin Meningkat Tahun Ini
<description>KUALA LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) menjangkakan perdagangan negara dengan negara-negara Amerika Latin akan meningkat antara lima dan 10 peratus tahun ini.</description>
<status>1</status>
7-Eleven Beijing, Tianjin Belanja 250,000 Yuan Untuk Dapatkan Produk Malaysia
BEIJING, 16 April (Bernama) -- Operasi 7-Eleven Co Ltd di Beijing dan Tianjin telah membelanjakan 250,000 yuan (kira-kira RM122,885) untuk mendapatkan produk Malaysia dari pengedar tempatan untuk program dua minggu bersama-sama Program Dapur Malaysia (MKP).</description>
<status>1</status>
Pengisaran Koko Di Malaysia Susut 3.2 Peratus Pada Suku Pertama 2013
<description>KUALA  LUMPUR, 16 April (Bernama) -- Pengisaran koko di Malaysia untuk suku pertama 2013 mencatatkan pertumbuhan negatif sebanyak 3.2 peratus kepada 72,203 tan metrik daripada 74,562 tan metrik untuk tempoh yang sama tahun lepas. </description>
<status>1</status>
Seramai 3,000 Peladang  Di Perlis Terima Bantuan Input Pertanian
<description>KANGAR, 15 April (Bernama) -- Seramai 3,000 peladang di Perlis menerima bantuan input pertanian daripada Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) bernilai RM600,000 bagi menyemarak kegiatan sektor itu di luar kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada).</description>
<status>1</status>
Tanjung Lumpur: Dari Perkampungan Nelayan Menjadi Pusat Pertumbuhan Baharu
KUANTAN, 14 April (Bernama) -- Tanjung Lumpur yang dahulunya sebuah perkampungan nelayan yang tenang kini pesat membangun dengan pelbagai kegiatan selepas siapnya jambatan menghubungkan kawasan itu dan Bandar Kuantan pada 1996.</description>
<status>1</status>
Pantai Manis Di Papar Merancakkan 'Simpanan Tetap' BN
 KOTA KINABALU (Bernama) -- Pantai Manis yang merupakan destinasi tepi pantai popular di Papar dan boleh dikunjungi kira-kira 45 minit perjalanan berkereta dari sini, menjadi lokasi kegemaran jurugambar untuk merakam keindahan alam di kala mentari terbenam.</description>
<status>1</status>
Chef Hargai Program Transformasi Negara
 KUALA LUMPUR (Bernama) -- Chef yang tidak asing lagi, Datuk Ismail Ahmad berterima kasih kepada kerajaan di atas sokongan dan komitmen padu dalam memperkenalkan makanan Malaysia sehingga membawa ke peringkat antarabangsa di samping meletakkan negara ini sebagai hab halal.</description>
<status>1</status>
Sistem Survelan Influenza Dipantau Setiap Hari - Kementerian Kesihatan
<description>KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Sistem survelan influenza melibatkan 513 fasiliti kesihatan seluruh negara bagi mengesan sebarang kejadian luar biasa dipantau setiap hari oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Krisis (CPRC)  Kementerian Kesihatan</description>
<status>1</status>
FPI Bekalkan Tenaga Hijau Untuk Grid Nasional TNB
<description>JEMPOL, 12 April (Bernama) -- Felda Palm Industries Sdn Bhd (FPI) telah melabur RM10 juta untuk membina infrastruktur bagi loji jana kuasa biogas di kilang sawit Serting Hilir dekat sini. </description>
<status>1</status>
Pembinaan Pusat Pameran Panda Bermula Hari Ini - Uggah
<description>KUALA LUMPUR, 12  April (Bernama) -- Projek Pembinaan Pusat Konservasi dan Pameran Panda Gergasi di Zoo Negara mula dijalankan Jumaat dan dijangka siap pada November ini, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas. </description>
<status>1</status>
Eksport Getah Asli Pada Februari Susut 9.7 Peratus Kepada 61,599 Tan Metrik
<description>KUALA LUMPUR, 12 April (Bernama) -- Eksport getah asli (NR) pada Februari susut 9.7 peratus kepada 61,599 tan metrik berbanding Januari, kata Jabatan Perangkaan Malaysia pada Jumaat.</description>
<status>1</status>
Mida Sasar Lebih Banyak Syarikat Untuk Melabur Semula Dan Pelbagaikan Operasi
<description>KUALA LUMPUR, 11 April (Bernama) -- Pihak Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) menyasarkan lebih banyak syarikat untuk melabur semula dan mempelbagaikan operasi mereka di negara ini.</description>
<status>1</status>
Biotech Corp Sasar Pelaburan RM1.75 Bilion Tahun Ini
<description>KUALA LUMPUR, 11 April  (Bernama) -- Malaysian Biotechnology Corporation Sdn Bhd (BiotechCorp) menyasar menarik pelaburan bernilai RM1.75 bilion dalam sektor bioteknologi Malaysia tahun ini. </description>
<status>1</status>
Makanan Laut Celup Tepung Di Mengabang, Terengganu Diminati Pelancong
 KUALA TERENGGANU (Bernama) -- Terengganu bukan sahaja terkenal dengan keindahan pulau-pulau peranginannya, malah keunikan rasa masakan tradisinya turut menggamit kedatangan pelancong ke negeri ini.</description>
<status>1</status>
Kemudahan Asas Di Pulau Bidong Mampu Tarik Pengunjung
<description>SETIU, 10 April  (Bernama) -- Pulau Bidong, yang terkenal sebagai tempat perlindungan kira-kira 250,000 pelarian Vietnam pada 1975, perlu terus dipulihara dengan pembinaan beberapa kemudahan asas bagi keselesaan pengunjung.</description>
<status>1</status>
Pelaksanaan AEC Hampir Muktamad
 BANDAR SERI BEGAWAN, 10 April (Bernama) --  Komuniti Ekonomi Asean (AEC) berada pada peringkat akhir pelaksanaannya dengan 77.5 peratus langkah di bawah  pelan tindakannya telah dilaksanakan, kata ketua setiausaha Kementerian Dagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Dr Rebecca Sta Maria.</description>
<status>1</status>
Penkua Akan Bangunkan Zon Industri Akuakultur Bernilai RM100 Juta  Di Penaga
<description>BUTTERWORTH, 10 April (Bernama) -- Persatuan Penternak Akuakultur Pulau Pinang (Penkua), dengan kerjasama Jabatan Perikanan, akan membangunkan zon industri akuakultur bernilai RM100 juta di Penaga, dekat sini.</description>
<status>1</status>
Majuperak Bio Resources Sertai Tetap Murni Untuk Keluarkan Produk Berasaskan Buluh
<description>KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Majuperak Holdings Bhd, Majuperak Bio Resources Sdn Bhd, akan bekerjasama dengan Tetap Murni Sdn Bhd untuk mengeluarkan produk berasaskan buluh di Perak.</description>
<status>1</status>
Gempa Bumi Kuat Landa Selatan Iran
<description>KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada  skala Richter melanda selatan Iran pada 7.52 petang Selasa. </description>
<status>1</status>
China Akan Periksa 15 Loji Pemprosesan Sarang Burung Walit - Noh Omar
<description>PUTRAJAYA, 9 April (Bernama) -- Sebanyak 15 loji pemprosesan sarang burung walit di seluruh negara akan diaudit dan diperiksa bagi membolehkan produk itu dieksport semula ke China, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.</description>
<status>1</status>
Pelanggaran Bot: Mayat Warga Singapura Ditemui
<description>ROMPIN, 9 April (Bernama) -- Warga Singapura yang dilapor hilang dalam kejadian pelanggaran bot di perairan Pahang berhampiran Pulau Dayak pada Ahad lepas, ditemui mati terapung berhampiran pulau itu tengah hari Selasa.</description>
<status>1</status>
Peneroka Bakal Nikmati Dividen FGV Awal Julai Ini - Isa Samad
<description>PEKAN, 9 April (Bernama) -- Sebanyak 180,000 pemegang saham Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) bakal menikmati dividen sekali lagi yang dibayar pada Julai ini, selepas pembayaran pertama dividen interim November lalu.</description>
<status>1</status>
Isu Bekalan Ayam Akan Dibincang Dengan Kementerian Pertanian - Ismail Sabri
<description>BERA, 8 April (Bernama) -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan akan berbincang dengan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi menangani isu bekalan ayam di negara ini.</description>
<status>1</status>
LKIM Sediakan RM1.2 Juta Program Ehsan Samudera Di Kelantan
<description>KOTA BAHARU, 8 April (Bernama) --  Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kelantan menyediakan peruntukan RM1.2 juta di bawah Program Ehsan Samudera untuk nelayan Kelantan pada tahun ini. </description>
<status>1</status>
Jepun Pilih SGS Sebagai Makmal Ujian Makanan Pertama Di Malaysia
<description>KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) --  Kementerian Kesihatan, Buruh dan Kebajikan (MHLW) Jepun melantik SGS Laboratory Services (M) Sdn Bhd sebagai makmal pertama yang diiktiraf untuk menguji makanan di Malaysia, usaha yang akan meningkatkan kewibawaan pengeksport tempatan dalam kalangan pengimport Jepun .</description>
<status>1</status>
Dua Pemancing Singapura Maut, Lima Cedera  Seorang  Hilang Di Rompin
<description>ROMPIN, 8 April (Bernama)  -- Dua warga Singapura maut, lima cedera  manakala seorang lagi hilang selepas bot yang mereka naiki melanggar sebuah bot pukat tunda di perairan berhampiran Pulau Layang di sini. </description>
<status>1</status>
Tanah Hak Milik Berkelompok Atasi Kemiskinan Kaum Pribumi
<description>KOTA KINABALU, 8 April (Bernama) ---  Konsep tanah hak milik berkelompok yang diperkenal kerajaan negeri Sabah pada Mei 2010 merupakan langkah berkesan bagi menangani isu kemiskinan kaum pribumi, terutama di pedalaman negeri ini. </description>
<status>1</status>
Enam Nelayan Diselamat Selepas Tiga Jam Terapung
<description>SEBUYAU (Sarawak), 7 April (Bernama) -- Enam nelayan termasuk dua beranak diselamatkan 30 penduduk dari Kampung Tebeluk dan Kampung Maludam, di sini selepas tiga jam terapung apabila bot mereka dipukul ombak setinggi satu meter di Pulau Burung, di sini malam tadi.</description>
<status>1</status>
IPH Galak Tingkat Hasil Padi Pesawah
<description>JITRA, 7 April (Bernama) -- Pengeluaran hasil padi negara menampakkan peningkatan sejak kerajaan persekutuan memperkenalkan insentif peningkatan hasil padi (IPH) pada 2006.</description>
<status>1</status>
Dua Kementerian Bincang Kenaikan Harga Ayam
<description>SHAH ALAM, 7 April (Bernama) -- Dua kementerian akan berbincang bagi menangani masalah kenaikan harga ayam.</description>
<status>1</status>
Penduduk Orang Asli Berhimpun Bantah Kerajaan Pas Halau Mereka Teroka Tanah
<description>GUA MUSANG, 5 April (Bernama) -- Seramai 27 keluarga Orang Asli di Pos Pulat di sini, Jumaat mengadakan perhimpunan untuk mempertahankan tanah yang baharu diusahakan mereka daripada diambil balik kerajaan PAS Kelantan. </description>
<status>1</status>
Kenanga Sah Semula Saranan 'Underweight' Dalam Sektor Perladangan
<description>KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Kenanga Research menekankan semua saranan "underweight' pada sektor perladangan ekoran jangkaan perolehan yang mengecewakan pada Mei 2013.</description>
<status>1</status>
Thailand Hantar Delegasi Terbesar Ke Mihas 2013
<description>KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) -- Thailand menghantar delegasi terbesar seramai 26 anggota ke Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS 2013), kata Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade), Datuk Zakaria Kamarudin</description>
<status>1</status>
KADA Minta Pesawah Patuh Jadual Bertanam Elak Kerugian
<description>PASIR PUTEH, 5 April (Bernama) -- Lembaga  Kemajuan Pertanian Kemubu (Kada) meminta petani mematuhi jadual tanaman padi yang telah ditetapkan untuk mengelak daripada mengalami kerugian akibat sawah kekeringan air.</description>
<status>1</status>
Usahawan Fama Digalak Pohon Logo 1Malaysia Best
<description>GEORGE TOWN, 4 April  (Bernama) -- Syarikat pengusaha makanan berproses yang berdaftar dengan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) di Pulau Pinang digalakkan memohon surat perakuan logo 1Malaysia Best bagi membantu menaik taraf produk tempatan menembusi pasaran antarabangsa.</description>
<status>1</status>
Jangan Layan Khabar Angin Siapa Calon BN Di Selangor - Noh Omar
<description>SHAH ALAM, 4 April (Bernama) -- Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar mengingatkan anggota dan pemimpin BN di negeri itu agar tidak melayan khabar angin mengenai calon pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).</description>
<status>1</status>
Perusahaan Saudee Akan Tumpu Asia Tenggara Bagi Pengembangan Masa Depan
<description>KUALA LUMPUR, 4 April  (Bernama) -- Pengeluar produk daging dan ayam,  Perusahaan Saudee Sdn Bhd, akan menumpukan kepada Asia Tenggara bagi pengembangan perniagaan di masa depan, kata Ketua Pegawai Operasinya Louis Tan Leong Chuin.</description>
<status>1</status>
HDC Umum Lima Peserta Inovasi Terbaik
<description>KUALA LUMPUR, 4 April (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Industri Halal  (HDC) mengumumkan lima peserta pameran terbaik dalam kategori Inovasi Produk Halal pada Persidangan Minggu Halal Dunia 2013.</description>
<status>1</status>
Jualan IBM Di MIHAS Naik 9.9 Peratus Kepada RM411.32 Juta, Kata Matrade
<description>KUALA LUMPUR, 4 April  (Bernama) --  Misi Belian Masuk (IBM) mencatatkan jualan pada Pameran Halal Antarabangsa ke-10 (MIHAS) sebanyak RM411.32 juta, naik 9.87 peratus mulai tahun lepas. </description>
<status>1</status>
DagangHalal, CICOT Tandatangan Perjanjian Kerjasama Perluas Pangkalan Data Halal
<description>KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama) -- DagangHalal Bhd (DHB), menandatangani  memorandum kerjasama (MoC) dengan Majlis Islam Pusat Thailand (CICOT) yang membolehkannya memperluaskan pangkalan datanya di bawah Enjin Pengesahan Halal (HVE).</description>
<status>1</status>
Bagan Serai Tetap Nikmati Pembangunan BN
 BAGAN SERAI, (Bernama) -- Selain dikenali sebagai sebahagian daripada 'Jelapang Padi Kerian', kawasan Parlimen Bagan Serai juga popular dengan penduduk suku kaum Banjar, yang berasal dari Banjarmasin, Indonesia.</description>
<status>1</status>
HDC Jangka Eksport Produk Halal Dari PKS Untuk Meningkat Lima Peratus
<description>KUALA LUMPUR, 3 April  (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) yakin eksport produk halal perusahaan kecil dan sederhana (PKS) akan membangun lima peratus tahun ini daripada RM33 bilion pada 2012, kata ketua pegawai eksekutifnya, Datuk Seri Jamil Bidin.  </description>
<status>1</status>
Abdullah Dedah Dana Ekuiti Swasta US$500 Juta
<description>KUALA LUMPUR, 3 April (Bernama)  -- Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini mendedahkan pelan bagi dana ekuiti swasta berjumlah US$500 juta untuk menumpukan kepada peluang global dalam industri halal. </description>
<status>1</status>
Nelayan Dan Penduduk Bagan Ajam Bantah Pembinaan Terowong Dasar Laut
<description>BUTTERWORTH, 2 April (Bernama) -- Lebih 1,000 nelayan pesisir pantai di Bagan Ajam, di sini membantah pembinaan terowong dasar laut yang menghubungkan Persiaran Gurney di pulau dengan Bagan Ajam di tanah besar kerana ia akan menjejaskan sumber pendapatan mereka. </description>
<status>1</status>
Tambahan RM500 Elaun Sara Hidup Bagi Nelayan Terjejas Mata Pencarian Di Sabah
<description>LAHAD DATU, 2 April (Bernama) -- Kerajaan akan menyalurkan bantuan tambahan  RM500 untuk elaun sara hidup nelayan yang terjejas mata pencarian mereka berikutan insiden pencerobohan pengganas di timur Sabah.</description>
<status>1</status>
Kerajaan Selangor Salah Guna Kuasa Tolak Langat 2, Dakwa Noh Omar
<description>SHAH ALAM, 2 April ( Bernama) -- Pendirian kerajaan negeri Selangor tidak meluluskan pembinaan projek loji rawatan air Langat 2 adalah satu penyalahgunaan kuasa yang akan memberi kesan buruk terhadap ekonomi negeri ini dan lambat laun akan menjadikannya negeri yang mundur, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar.</description>
<status>1</status>
Eksport Malaysia Ke Mesir Dijangka Meningkat 10 Peratus, Kata Duta
  KAHERAH, 2 April (Bernama) -- Eksport Malaysia ke Mesir dijangka meningkat 10 peratus tahun ini berikutan permintaan yang kukuh untuk minyak sawit di republik ini, kata Duta Besar Malaysia ke Mesir Datuk Dr Mohd Fakhrudin Abdul Mukti. </description>
<status>1</status>
UPP Kedah Rampas 200 Guni Benih Kerang Cuba Diseludup Keluar Bernilai RM78,000
<description>BUKIT KAYU HITAM, 1 April (Bernama) -- Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kedah mematahkan cubaan menyeludup keluar 200 guni benih kerang ke Thailand bernilai RM78,000 di Taman Gemilang, Jitra awal pagi Isnin.</description>
<status>1</status>
GiatMara Mahu Sebanyak Mungkin Penduduk Miliki Kemahiran
<description>KANGAR, 1 April (Bernama) -- GiatMara mahu melatih sebanyak mungkin Bumiputera dalam bidang kemahiran dengan sasaran sekurang-kurangnya seorang dalam dalam sebuah keluarga memiliki kemahiran tertentu.</description>
<status>1</status>
Fama Melaka Sasar Kutipan Jualan Hingga RM8.3 Juta Di Semua Pasar Tani Melaka Tahun Ini
<description>MELAKA, 29 Mac (Bernama) -- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Melaka menyasarkan kutipan jualan sehingga RM8.3 juta di pasar tani seluruh negeri Melaka tahun ini, berbanding RM7.86 juta tahun lepas. </description>
<status>1</status>
Belgium Wujudkan Kelab Halal Di Malaysia Untuk Tembusi Pasaran Halal
<description>KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Suruhanjaya Perdagangan Belgium di Kuala Lumpur akan menarik tumpuan kepada satu ciptaan khusus dari Brussels sempena Pameran Halal Antarabangsa Malaysia Ke-10 (MIHAS 2013).</description>
<status>1</status>
25 Pengimport Korea Selatan Sertai MIHAS 2013
<description>KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Sebanyak 25 pengimport dari Korea Selatan akan menyertai misi belian bersempena dengan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia 2013 (MIHAS).</description>
<status>1</status>
Skuad Pemantau: Cegah Kegiatan Penangkapan Ikan Haram Di Sungai Terengganu
<description>KEMAMAN, 29 Mac (Bernama) -- Jabatan Perikanan Negeri Terengganu (JPNT) akan menubuhkan skuad pemantau sungai yang dianggotai penduduk kampung di sepanjang beberapa sungai utama seluruh negeri, bagi mengawal sebarang kegiatan penangkapan ikan secara haram.</description>
<status>1</status>
Hujan Lebat Dan Ribut Petir Akibat Peralihan Monsun
<description>KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM) menyatakan bahawa kekerapan hujan lebat dan ribut petir, diiringi angin kencang yang berlaku kebelakangan ini, ialah berikutan tempoh peralihan daripada monsun Timur Laut kepada monsun Barat Daya.</description>
<status>1</status>
LTKN Peruntuk RM6 Juta Majukan Koperasi Seliaannya
<description>KOTA BAHARU, 28 Mac (Bernama) -- Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN) memperuntukkan RM6 juta bagi membiayai program pembangunan 15 koperasi kendalianya di seluruh negara tahun ini.</description>
<status>1</status>
Felda Tunggu 'Lampu Hijau' Untuk Nilai Kemusnahan Felda Sahabat
<description>PORT DICKSON, 28 Mac (Bernama)  -- Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) sedang menunggu 'lampu hijau' daripada pasukan keselamatan untuk memasuki Felda Sahabat di Lahad Datu, Sabah bagi menilai kemusnahan akibat insiden pencerobohan militan dari selatan Filipina. </description>
<status>1</status>
Ketengah Sasar 10,000 Pengunjung Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-40
<description>KUALA TERENGGANU, 28 Mac (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) menyasarkan 10,000 orang pengunjung akan menghadiri program sambutan Hari Ketengah Ke-40 tahun penubuhannya bulan depan. </description>
<status>1</status>
STA Mahu Masyarakat Antarabangsa Iktiraf Kesahan Kayu Yang Dikeluarkan Di Malaysia
<description>KUCHING, 28 Mac (Bernama) -- Persatuan Kayu Kayan Sarawak (STA) mahu masyarakat antarabangsa mengiktiraf kesahan kayu dan produk kayu yang dikeluarkan mengikut keperluan undang-undang dan peraturan di negara-negara pengeluar, termasuk di Malaysia.</description>
<status>1</status>
Program Sara Hidup Nelayan Dan Azam Tani Ringankan Beban Nelayan
<description>MARANG, 28 Mac (Bernama) -- "Elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan mungkin dianggap kecil bagi orang lain, namun bagi nelayan seperti saya ia sangat bermakna," kata nelayan Othman Nik, 60 tahun.</description>
<status>1</status>
ESSCOM Bakal Rangsang Pertumbuhan Sosio-Ekonomi Pantai Timur Sabah
 LAHAD DATU, (Bernama) -- Pembentukan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah yang dikenali sebagai Eastern Sabah Security Command (ESSCOM) harus dilihat bukan semata-mata untuk memastikan kedaulatan dan keselamatan kawasan pantai timur negeri itu terjamin, malah ia boleh memberi nafas baharu dari segi sosioekonomi penduduk di lima daerah.</description>
<status>1</status>
APMM Tambah Enam Pangkalan Baharu Tingkat Kawalan Keselamatan Sabah
<description>LANGKAWI, 27 Mac  (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan mewujudkan enam pangkalan baharu di persisir pantai Sabah sebagai tindakan susulan penubuhan Zon Selamat Sabah Timur (ESSZONE) bertujuan meningkatkan kawalan keselamatan di negeri itu.</description>
<status>1</status>
Sekolah Kebangsaan Seri Ampang Muda Wujudkan 'Sawah' Di Sekolah
<description>SIK, 27 Mac (Bernama) -- 'Melentur buluh biarlah daripada rebungnya' Sekolah Kebangsaan Seri Ampang Muda, Belantik di sini mengambil pendekatan ini untuk melatih para pelajarnya bersawah padi.</description>
<status>1</status>
Bomba Giat Padam Kebakaran Lebih 40 Hektar Tanah Gambut Di Bachok
<description>BACHOK, 26 Mac (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan kini giat memadamkan kebakaran ladang seluas lebih 40 hektar yang berlaku di Kampung Beris Lalang di sini, sejak Jumaat lalu.</description>
<status>1</status>
Zon Keselamatan Khas Sabah Bantu Kekang Aktiviti Seludup Barangan: Ismail Sabri
<description>PUTRAJAYA,  26 Mac (Bernama) -- Pembentukan zon keselamatan di Sabah, secara tidak langsung dapat membantu mengekang penyeludupan barangan bersubsidi, di kawasan timur negeri itu.</description>
<status>1</status>
Peneroka Di Ulu Bertam Tuntut Kerajaan Kelantan Serah Geran Tanah
<description>TANAH MERAH, 25 Mac (Bernama) -- Kira-kira 400 peneroka di Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Ulu Bertam, Mukim Peralla di sini hari ini menuntut janji kerajaan Kelantan pimpinan PAS agar menyerahkan geran tanah yang diteroka mereka sejak 1984.</description>
<status>1</status>
Nelayan Sambilan Boleh Mohon Lesen Sampan Rekreasi - Noh Omar
<description>KANGAR, 25 Mac (Bernama) -- Nelayan sambilan kini boleh menikmati pendapatan tambahan apabila kerajaan memperkenalkan lesen sampan rekreasi untuk golongan itu.</description>
<status>1</status>
PPKKB Labur Hampir RM300,000 Untuk Ternakan Ikan Sangkar
 HULU TERENGGANU, 25 Mac (Bernama) -- Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kuala Berang di sini akan melabur hampir RM300,000 untuk menternak ikan dalam sangkar di Tasik Como, Tasik Kenyir tahun ini.</description>
<status>1</status>
Makanan 'Pembuka Selera' Tradisional Dari Pantai Timur
 KUALA LUMPUR,  (Bernama) -- Malaysia memang terkenal dengan pelbagai jenis hidangan makanan segera di samping kehadiran restoran dan kedai makan yang begitu banyak dan 'kontemporari'.</description>
<status>1</status>
Felda Cadang Siap Perumahan Projek Sentuhan Kasih Dalam Tempoh Lima Tahun
<description>KUALA LUMPUR, 22 Mac (Bernama) -- Felda berhasrat untuk menyiapkan perumahan untuk generasi keduanya di bawah Projek Sentuhan Kasih dalam tempoh lima tahun, kata Pengerusinya, Tan Sri Isa Abdul Samad.</description>
<status>1</status>
Produk Makanan Melayu Tembusi Pasaran Antarabangsa
<description>KUANTAN, 22 Mac (Bernama) -- Muhazrin Holdings Sdn Bhd, pengeluar produk Makanan Melayu dan rempah ratus Malaysia, bersedia menembusi pasaran Korea, Jepun dan Timur Tengah berikutan kejayaan rundingan yang dijalankan baru-baru ini.</description>
<status>1</status>
164 Peserta Felcra Bukit Mesah Terima Dividen RM1,000 Mei Ini
<description>ROMPIN, 22 Mac (Bernama) -- Seramai 164 peserta Felcra Bukit Mesah dekat sini bakal menerima bayaran dividen pertama berjumlah RM1,000 setiap seorang hasil tanaman kelapa sawit secara berkelompok, mulai Mei ini.</description>
<status>1</status>
Penduduk Di Gugusan Tanjung Labian Nikmati Tenaga Elekrtik Solar Hibrid
<description>LAHAD DATU, 22 Mac (Bernama) -- Lebih 1,000 penduduk di gugusan Tanjung Labian, dekat sini kini menikmati bekalan elektrik daripada Sistem Solar Hibrid  sejak hujung tahun lepas, kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.</description>
<status>1</status>
Industri Minyak Sawit Perlu Dilihat Sebagai Satu Industri Membina Negara
<description>KUCHING, 21 Mac (Bernama) -- Industri minyak sawit di Sarawak perlu dilihat secara positif sebagai satu industri yang membina negara, kata Naib Presiden Persatuan Pemilik Ladang Minyak Sawit Sarawak (SOPPOA) Paul Wong pada Khamis. </description>
<status>1</status>
Malaysia Kekalkan 56.4 Peratus Sebagai Kawasan Hutan - Douglas Uggah
<description>PEKAN, 21 Mac (Bernama) -- Malaysia sehingga kini masih mampu mengekalkan sejumlah 56.4 peratus daripada keluasan tanah negara sebagai kawasan berhutan walaupun negara sedang mengalami pembangunan yang pesat. </description>
<status>1</status>
Usahawan Pertanian Perlu Berani Lakukan Perubahan Untuk Tingkat Daya Saing, Kata Yahya
<description>KOTA KINABALU, 21 Mac (Bernama) -- Golongan usahawan pertanian perlu berani melakukan perubahan dan bersedia merebut peluang yang disediakan kerajaan dalam mengembangkan perusahaan masing-masing, kata Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Yahya Hussin</description>
<status>1</status>
APMM Kelantan Bekerjasama Dengan Pahang, Terengganu Banteras Pencerobohan
<description>PASIR PUTEH, 20 Mac (Bernama) -- Pencerobohan nelayan asing khususnya dari Vietnam dan Thailand kini dikesan mengubah laluan daripada memasuki kawasan perairan Kelantan, ke perairan Terengganu dan Pahang.</description>
<status>1</status>
Tujuh Pensyarah UMS Sertai Penyelidikan Malaria Bawaan Monyet
<description>KOTA KINABALU, 20 Mac (Bernama) -- Tujuh pensyarah kanan Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah dilantik sebagai penyelidik bersama untuk kajian penyebaran wabak malaria knowlesi dalam kalangan manusia, di Sabah dan Pulau Palawan, Filipina.</description>
<status>1</status>
Inflasi Pada Februari Naik 1.5 Peratus Kepada 106.1
<description>KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Harga saham di Bursa Malaysia  meneruskan keuntungan semalam untuk ditutup lebih tinggi pada Rabu dengan sokongan belian berterusan, terutamanya dalam kaunter kewangan dan kaunter berwajaran tinggi terpilih, kata para peniaga. </description>
<status>1</status>
Penduduk Tanjung Labian Rugi, Hasil Sawit Tidak Dapat Dituai
<description>LAHAD DATU, 20 Mac (Bernama) -- Sudahlah terpaksa 'lari' dari kampung sendiri, penduduk Tanjung Labian kini semakin resah kerana mungkin terpaksa menanggung kerugian setelah hasil tanaman sawit mereka tidak dapat dituai.</description>
<status>1</status>
Indonesia Akan Haramkan Penangkapan Jerung, Pari Besar
 JAKARTA, 20 Mac (Bernama) -- Indonesia akan mengharamkan penangkapan jerung dan pari besar (manta ray) susulan langkah serupa yang dilaksana oleh pentadbiran wilayah Papua Barat, bagi memulihara haiwan marin itu.</description>
<status>1</status>
Sebanyak 130 Peratus Sasaran NKEA Pertanian 2012 Tercapai
<description>KUALA LUMPUR,  19 Mac (Bernama) -- Sebanyak 130 peratus daripada sasaran Bidang Utama Ekonomi Negara (NKEA) Pertanian berjaya dicapai untuk 2012, dengan sektor swasta membuat pelaburan sehingga RM8.9 bilion untuk melaksanakan projek-projek di bawah inisiatif Projek Permulaan (EPP).</description>
<status>1</status>
Nelayan Pukat Tunda Ceroboh Zon Nelayan Tradisional
<description>BACHOK, 19 Mac (Bernama) -- Jabatan Perikanan Kelantan menahan lapan bot kelas A milik nelayan tempatan kerana menceroboh zon perairan yang dikhaskan untuk nelayan tradisional menangkap ikan menggunakan sampan.</description>
<status>1</status>
Kerugian Akibat Banjir Tidak Patah Semangat Pengusaha Ladang Sayur Gantung Di Dungun
 DUNGUN, 19 Mac (Bernama) -- Banjir buruk yang melanda daerah ini bulan lepas sehingga menyebabkan seorang pengusaha ladang sayur gantung di Kampung Dendang, Jerangau, di sini mengalami kerugian lebih RM100,000, tidak akan mematahkan semangatnya untuk terus berusaha di dalam bidang itu.</description>
<status>1</status>
Bio-XCell, Agila Biotech Jalin Perjanjian Wujud Kemudahan Biotek Khusus
<description>KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Bio-XCell Sdn Bhd dan Agila Biotech Sdn Bhd telah menjalin satu perjanjian bina dan pajak bernilai RM107 juta bagi mewujudkan satu kemudahan biotek khusus di Nusajaya, Johor.</description>
<status>1</status>
Kerajaan Yakin Pengeluaran 214,000 Tan Metrik Udang Laut Menjelang 2020: Noh Omar
<description>KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Industri  Asas Tani yakin mencapai sasaran pengeluaran 214,000 tan metrik udang laut bernilai RM6.5 bilion menjelang 2020, kata menterinya, Datuk Seri Noh Omar. </description>
<status>1</status>
Jumlah Jualan Oleh 35,310 Usahawan Felda Cecah Rm2.1 Bilion Tahun Lepas
<description>TROLAK, 19 Mac (Bernama) --  Jumlah jualan hasil perniagaan oleh seramai 35,310 usahawan Felda mencecah RM2.1 bilion tahun lepas berbanding sebanyak RM1.6 bilion pada 2011, kata Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. </description>
<status>1</status>
Pencerobohan Di Lahad Datu Jejas Pendapatan Nelayan
<description>LAHAD DATU, 18 Mac (Bernama) -- "Semasa insiden tembak-menembak di Kampung Tanduo (1 Mac), nelayan di sini (pekan) semua takut dan tidak turun ke laut selama 10 hari," kata seorang anggota lembaga Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Lahad Datu.</description>
<status>1</status>
Nelayan Pahang Dakwa Lesen Menangkap Ikan dialibabakan' Kepada Nelayan Asing
<description>KUANTAN, 18 Mac (Bernama) -- Persatuan Nelayan Pahang dan Kuantan menggesa kerajaan mengkaji semula pemberian lesen menangkap ikan kepada pihak tertentu yang didakwa menyalahgunakan lesen itu dengan memberikannya kepada nelayan asing untuk menangkap ikan di perairan negara</description>
<status>1</status>
LKIM Teruskan Program Membaiki Rumah Nelayan
<description>KUALA TERENGGANU, 18 Mac (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) akan meneruskan program membaiki rumah nelayan di seluruh negara tahun ini dengan menyediakan peruntukan RM130 juta untuk tujuan itu.</description>
<status>1</status>
193 Peserta Felcra Seri Bandi, Terima Geran Tanah Hampir RM.100 Juta
<description>KEMAMAN, 18 Mac (Bernama) -- Seramai 193 peserta Tanah Rancangan Felcra Seri Bandi dekat sini menerima geran hak milik tanah masing-masing membabitkan nilai kira-kira RM100 juta.</description>
<status>1</status>
Penternak Ikan Di Dalam Sangkar Dilatih Dengan Teknoloji Terkini
<description>JITRA, 18 Mac (Bernama) -- Pengusaha penternakan ikan di dalam sangkar akan dilatih dengan teknoloji terkini untuk menghasilkan produk yang memenuhi piawaian eksport.</description>
<status>1</status>
Pelaksanaan ESSCOM Mula Dengan Naik Taraf Logisitik Di FELDA Sahabat - Ismail
<description>LAHAD DATU, 18 Mac (Bernama) -- Pelaksanaan Kawasan Keselamatan Khas Sabah (ESSCOM), meliputi 1,400 kilometer kawasan pantai timur negeri itu mula dilaksanakan di gugusan FELDA Sahabat dengan menaik taraf struktur logistik sedia ada dan penambahan anggota serta aset keselamatan.</description>
<status>1</status>
Agrobank Cadang Laksana Perbankan Islam Sepenuh
<description>BACHOK, 17 Mac (Bernama) -- Agrobank Malaysia bercadang melaksanakan sistem perbankan Islam sepenuhnya menjelang tahun 2015 yang merupakan inisiatif penting dalam program transformasi bank berkenaan.</description>
<status>1</status>
PKS Sarawak Masih Belum Manfaatkan Sepenuhnya Insentif Matrade
<description>MIRI, 18 Mac (Bernama) -- Perusahaan kecil dan sederhana Sarawak (PKS) masih belum memanfaatkan sepenuhnya pelbagai insentif yang disediakan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) bagi membangunkan pasaran eksport mereka.</description>
<status>1</status>
FGV Rancang Besarkan Kilang Gula Di Perai
<description>BUTTERWORTH, 18 Mac (Bernama) -- Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) merancang untuk membesarkan kilang gula milik anak syarikatnya, MSM Malaysia Holdings Bhd (MSM Holdings) di Perai, di sini bagi menambah pengeluaran gula di negara ini.</description>
<status>1</status>
Jakim Terima Lebih 6,000 Permohonan Sijil Halal Melalui E-Halal
<description>SUNGAI PETANI, 15 Mac (Bernama) -- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menerima lebih 6,000 permohonan daripada syarikat-syarikat tempatan untuk mendapatkan Sijil Halal Malaysia menerusi sistem e-Halal sejak sistem itu diperkenalkan ke seluruh negara secara berperingkat bermula 2010.</description>
<status>1</status>
Malaysia Tetap 4.5 Peratus Cukai Eksport MSM Bagi April
<description>KUALA LUMPUR, 15  Mac (Bernama) -- Malaysia akan mengenakan 4.5 peratus cukai eksport terhadap minyak sawit mentah (MSM) bagi April, tidak berubah daripada Mac, demikian menurut pekeliling Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang dipaparkan pada laman web Lembaga Minyak Sawit Malaysia Jumaat. </description>
<status>1</status>
Peniaga Di Sarawak Patuhi Penyeragaman Harga Barangan
<description>KUCHING, 15 Mac (Bernama) -- Rata-rata peniaga di Sarawak sudah mematuhi penyeragaman harga barangan keperluan asas di bawah program 1Malaysia 1Harga.</description>
<status>1</status>
Kerjasama Strategik Agensi Kerajaan Bantu Semarak Sokongan Produk Halal
<description>SUNGAI PETANI, 15 Mac (Bernama) -- Kerjasama strategik berkonsepkan Strategi Lautan Biru antaranya melibatkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam negeri dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) menjadi platform kepada usaha menyemarakkan kesedaran serta sokongan rakyat terhadap produk halal.</description>
<status>1</status>
Keropok Lekor Mula Tembusi Pasaran Kota London Secara Bulanan Bermula Bulan Lepas
<description>KUALA TERENGGANU, 14 Mac (Bernama) -- Keropok lekor Terengganu, buat pertama kali dalam sejarah, berjaya menembusi pasaran London di United Kingdom apabila Persatuan Restoran-Restoran Malaysia di sana menempah satu kontena setiap bulan untuk jualan mulai Februari tahun ini. </description>
<status>1</status>
Operasi Kilang Penapisan Minyak Sawit Di Felda Sahabat Tidak Terjejas - Pengurus
<description>LAHAD DATU, 14 Mac (Bernama) -- Eksport minyak sawit yang telah diproses di loji penapisan di Felda Sahabat tidak terjejas ekoran insiden pencerobohan pengganas Sulu di Kampung Tanduo yang berhampiran, kata Pengurus Kawasan Felda Transport Services Sdn Bhd Sukirman Muhtar.</description>
<status>1</status>
Produktiviti Beras Negara Terus Meningkat - Bernas
<description>BESUT, 14 Mac (bernama) - Produktiviti beras negara didapati terus meningkat setiap tahun meskipun keluasan tanah sawah di seluruh negara semakin berkurangan ekoran kepesatan pembangunan.</description>
<status>1</status>
Bunga Bangkai Indonesia Akan Dipamer Di Korea Selatan
JAKARTA, 13 Mac (Bernama) -- Sekuntum bunga bangkai (Amorphophallus titanum) yang mekar di Kebun Raya Bogor akan menjadi antara item Indonesia untuk ditampilkan dalam pameran hortikultur antarabangsa di Korea Selatan dari 27 April hingga 2 Mei.</description>
<status>1</status>
NCIA Cadang Jalin Kerjasama Dengan Republik Tatarstan Bidang Teknologi, Pertanian
<description>GEORGE TOWN, 13 Mac (Bernama) -- Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) merancang untuk menjalin kerjasama dengan Republik Tatarstan dalam bidang pembangunan teknologi dan pertanian.</description>
<status>1</status>
NCIA Cadang Jalin Kerjasama Dengan Republik Tatarstan Dalam Bidang Teknologi, Pertanian
<status>1</status>
Karnival Halal Kedah Di Sungai Petani Mulai Esok
<description>ALOR SETAR, 13 Mac (Bernama) -- Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menganjurkan Karnival Halal Kedah 2013 di Sungai Petani mulai esok hingga Sabtu ini.</description>
<status>1</status>
K'jaan Sarawak Sedia Majukan Ulu Baram, Ulu Kapit - Taib Mahmud
<description>KAPIT, 12 Mac (Bernama) -- Kerajaan Sarawak bersedia memajukan lagi kawasan pedalaman seperti Ulu Baram di Miri dan Ulu Kapit di Kapit sekiranya diminta berbuat demikian oleh rakyat, walaupun perlu menghadapi pelbagai cabaran, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.</description>
<status>1</status>
30,000 Benih Udang Galah Dilepas Di Teluk Intan
<description>TELUK INTAN, 12 Mac (Bernama) -- Lebih 30,000 benih udang galah dilepaskan di Sungai Perak di sini Selasa.</description>
<status>1</status>
Pertubuhan Peladang Maras/Batu Rakit Untung RM414,967 Tahun Lepas
 KUALA TERENGGANU, 12 Mac (Bernama) -- Pertubuhan Peladang Kawasan Batu Maras/Batu Rakit Kuala Terengganu mencatatkan keuntungan bersih RM414,967 daripada perolehan hampir RM1.46 juta sepanjang tahun lepas.</description>
<status>1</status>
Jabatan Perhutanan Sabah Sumbang RM20,000 Kepada Tabung Wira Lahad Datu
<description>SANDAKAN, 12 Mac (Bernama) -- Jabatan Perhutanan Sabah menyumbang  sebanyak RM20,000 kepada Tabung Wira Lahad Datu Media Prima Berhad bagi menghargai jasa anggota pasukan keselamatan yang terkorban dalam mempertahankan negara dari pencerobohan pengganas Sulu di Lahad Datu dan Semporna awal bulan ini.</description>
<status>1</status>
Keluaran Getah Asli Naik 15.3 Peratus Kepada 87,957 Tan Metrik Pada Januari
<description>KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia meningkat 15.3 peratus kepada 87,957 tan metrik pada Januari berbanding Disember tahun lepas, demikian menurut Jabatan Statistik pada Selasa.</description>
<status>1</status>
Pekebun Kecil Sawit Tempatan Dapat Faedah Dana Bantuan Pekebun Kecil RSPO
<description>KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) -- Pekebun kecil kelapa sawit Malaysia akan mendapat faedah daripada Dana Bantuan Pekebun Kecil Meja Bulat Mengenai Minyak Sawit Lestari (RSSF) yang diperkenalkan baru-baru ini sebagai bantuan pembiayaan industri. </description>
<status>1</status>
Mimos Jalin MoU Dengan Blue Archipelago
<description>KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama)-- Mimos Bhd (Mimos) dan Blue Archipelago Bhd baru-baru ini menandatangani satu Memorandum Persefahaman (MoU) bagi melaksanakan perkongsian kerjasama di dalam bidang penyelesaian akuakultur.</description>
<status>1</status>
Fama Sedia Bantu Keluarga Anggota Keselamatan Terkorban Di Lahad Datu
<description>SUNGAI PETANI, 11 Mac (Bernama) -- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) bersedia memberikan komitmen bagi membantu keluarga anggota pasukan keselamatan yang terkorban di Lahad Datu, Sabah, sekiranya mereka berminat menceburi bidang keusahawanan.</description>
<status>1</status>
IPP Malaysia Naik 4.6 Peratus Pada Jan 2013
<description>KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama)-- Indeks Pengeluaran  Perindustrian Malaysia (IPP) pada Januari 2013 naik sebanyak 4.6 peratus berbanding bulan yang sama pada 2012. </description>
<status>1</status>
Aktiviti Di Felda Sahabat Sabah Berjalan Lancar - Mohd Isa
<description>MELAKA, 11 Mac (Bernama) -- Aktiviti peneroka di Felda Sahabat Sabah pada masa ini berjalan lancar dan beroperasi seperti biasa, kata Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad</description>
<status>1</status>
Produk Kelantan Tembusi Pasaran Singapura, Kata Matrade
 SINGAPURA, 8 Mac (Bernama) -- Produk dari  Kelantan akan dijual di pasaran Singapura dan global berikutan kejayaan mesyuarat perniagaan antara syarikat-syarikat di negeri itu dengan pembeli dan pedagang di sini. </description>
<status>1</status>
Majlis Keselamatan Negara Pastikan Bekalan Makanan Sentiasa Mencukupi
<description>LAHAD DATU, 8 Mac  (Bernama) -- Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan memastikan bekalan makanan kepada penduduk yang terpaksa berpindah ke penempatan sementara sentiasa mencukupi, kata Setiausahanya Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab Jumaat. </description>
<status>1</status>
Fama Sasar Wujud 1,000 Pasar Tani, Agrobazaar, Gerai Jualan Menjelang 2014
<description>BUTTERWORTH, 7 Mac (Bernama) -- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) menyasar mewujudkan masing-masing 1,000 pasar tani, Gerai Buah-buahan Segar (GBBS), Agrobazaar kedai rakyat dan gerai bergerak Motosikal Tiga Roda di seluruh negara, menjelang tahun 2014.</description>
<status>1</status>
Peserta Ladang Kontrak Fama Berjaya Pasar Hasil Bernilai RM27 Juta Tahun Lepas
<description>KUALA TERENGGANU, 7 Mac (Bernama) -- Seramai 212 petani di Terengganu yang menyertai program ladang kontrak Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) telah mencatatkan hasil jualan RM27.1 juta tahun lepas.</description>
<status>1</status>
Nelayan Lahad Datu Dan Semporna Tidak Terjejas Akibat Insiden Pencerobohan
<description>KUANTAN, 7 Mac (Bernama) -- Kalangan nelayan di Lahad Datu dan Semporna, Sabah, tidak terjejas akibat insiden pencerobohan kumpulan pengganas asing bersenjata dan masih menjalankan aktiviti harian seperti biasa. </description>
<status>1</status>
Kementerian Kesihatan Gesa Pengilang Makanan Dapat Sijil Kesihatan
<description>KUALA LUMPUR, 7 Mac (Bernama) -- Bagi memastikan tahap kebersihan dan keselamatan makanan terjamin, Kementerian Kesihatan menggesa pengilang makanan yang tidak melaksanakan apa-apa skim jaminan keselamatan makanan mendapatkan pensijilan Skim Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (Mesti) untuk produk mereka.</description>
<status>1</status>
Hasil Perbincangan Susun Semula Industri Air Diumum Dua Minggu Lagi - Khalid Ibrahim
<description>SHAH ALAM, 6 Mac (Bernama) -- Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan mengumumkan hasil perbincangan kerajaan negeri dengan empat pemegang konsesi air berhubung penyusunan semula industri air di negeri itu dalam masa dua minggu.</description>
<status>1</status>
Pemilik Sawah Terbiar Di Luar Mada Boleh Sertai Estet Padi Swasta
<description>SIK, 6 Mac (Bernama) -- Pemilik tanah sawah terbiar di luar kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) berpeluang menjana pendapatan lumayan dengan menyertai projek pengurusan estet padi yang dimajukan oleh pihak swasta.</description>
<status>1</status>
Lebih 200,000 Anak Penyu Dihasilkan Daripada Projek Penetasan Tahun Lepas
<description>DUNGUN, 6 Mac (Bernama) -- Projek penetasan penyu di Terengganu tahun lepas berjaya menghasilkan sebanyak 232,798 ekor anak penyu daripada 321,764 biji telur yang dieramkan.</description>
<status>1</status>
Pakar Sejarah Sokong Kenyataan Rais, Sabah Milik Sah Malaysia
<description>KOTA KINABALU, 6 Mac (Bernama) -- Beberapa pakar sejarah Rabu menegaskan Sabah ialah hak Malaysia dan tidak boleh dituntut oleh mana-mana pihak kerana rakyat negeri itu telahpun bersetuju dengan pembentukan Malaysia dalam tinjauan kajian Suruhanjaya Cobbold pada tahun 1962.</description>
<status>1</status>
Kilang Minyak Sawit Di Lahad Datu Tidak Terjejas Dengan Operasi Serangan Ofensif - Dompok
<description>KUALA LUMPUR, 5 Mac (Bernama) -- Kilang penapisan minyak sawit di Lahad Datu, Sabah, tidak terjejas oleh operasi serangan ofensif pasukan keselamatan terhadap penceroboh Sulu hari ini, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok.</description>
<status>1</status>
Penduduk Di Gugusan Felda Sahabat Selamat - Ahmad Maslan
<description>PUTRAJAYA, 5 Mac (Bernama) -- Kesemua 15,500 peneroka, anggota keluarga serta pekerja di gugusan Felda Sahabat, yang terletak berhampiran Kampung Tanduo di mana pihak berkuasa melancarkan serangan ofensif, setakat ini berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang kecederaan sejak pengganas menceroboh kawasan itu.</description>
<status>1</status>
Kerajaan Persekutuan Serah Peruntukan Tahunan Lebih RM37 Juta Kepada MAIS - Noh
<description>SHAH ALAM, 5 Mac (Bernama) -- Kerajaan persekutuan sentiasa mengambil berat usaha meningkatkan syiar Islam di setiap negeri termasuk yang ditadbir pembangkang, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.</description>
<status>1</status>
MKN Salur Bantuan Makanan Kepada Penduduk Kg Tanjung Labian
<description>LAHAD DATU, 5 Mac (Bernama) --  Majlis Keselamatan Negara (MKN) menyalurkan bantuan makanan kepada 26 keluarga dari Kampung Tanjung Labian yang kini tinggal di Dewan Serbaguna Embara Budi, susulan serangan ofensif pihak keselamatan negara ke atas pengganas Sulu di Kampung Tanduo di sini</description>
<status>1</status>
LKIM Serah Projek 'Fish Protech' Di Naka, Kedah Kepada Koperasi
<description>KUALA NERANG, 4 Mac  (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Ikan Malasyia (LKIM) Isnin menyerahkan operasi projek akuakultur yang menggunakan sistem 'fish protech' di Naka, dekat sini kepada Gabungan Koperasi Pembangunan Kampung Keda Berhad. </description>
<status>1</status>
Program Kampungku Mahir Akan Diperluas Seluruh Negara Akhir Tahun Ini
<description>RAUB, 4 Mac (Bernama) -- Program Kampungku Mahir, yang bertujuan melatih golongan remaja dan belia dalam pelbagai bidang kemahiran, akan diperluas di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.</description>
<status>1</status>
Harga Susu Getah Rendah, Ringgit Lemah Akan Perbaiki Margin Peserta Sarung Tangan Getah
<description>KUALA LUMPUR, 4 Mac (Bernama) -- Kenanga Research menjangkakan industri sarung tangan getah akan mendapat manfaat daripada penurunan berterusan harga susu getah dan kelemahan ringgit berbanding dolar AS.</description>
<status>1</status>
Gangguan Bekalan Air Berjadual Di Hulu Langat Pada 15 Mac
<description>KUALA LUMPUR, 1  Mac (Bernama) -- Beberapa kawasan di daerah Hulu Langat bakal mengalami gangguan bekalan air melibatkan 6,237 akaun pada 15 Mac mulai 9 malam sehingga 5 pagi, keesokannya. </description>
<status>1</status>
Lebih 700 Mangsa Banjir Dibenarkan Pulang
<description>KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Kelantan, Terengganu dan Perak turun sedikit petang ini dengan 1,185 orang ditempatkan di pusat pemindahan setakat 5 petang ini berbanding 1,888 pagi Jumaat.</description>
<status>1</status>
Banjir: Hanya Daerah Setiu Masih Terjejas, 26 Mangsa Di Pusat Pemindahan
<description>KUALA TERENGGANU, 1  Mac (Bernama) -- Tiga daripada empat daerah terjejas banjir di Terengganu telah pulih kecuali daerah Setiu yang masih terdapat 26 mangsa di pusat pemindahan, setakat 8 malam ini. </description>
<status>1</status>
Dutch Lady Pilih Bintang Kanak-kanak Mia Sara Sebagai Duta
<description>KUALA LUMPUR, 1 Mac (Bernama) -- Dutch Lady Milk Industries Bhd memilih pelakon kanak-kanak, Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan, sebagai duta jenama Susu Untuk Membesar.</description>
<status>1</status>
Bancian Penanam Padi Terjejas Banjir Gelombang Ketiga
<description>TUMPAT, 28 Feb (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan melaksanakan bancian terhadap penanam padi di negeri ini yang terjejas akibat banjir gelombang ketiga yang berlaku sekarang.</description>
<status>1</status>
Harga Barangan Keperluan Asas Di S'wak, Sabah Dan Labuan Diseragamkan Dengan Semenanjung
<description>KUCHING, 28 Feb (Bernama) -- Bermula esok, harga barangan keperluan asas di Sarawak, Sabah dan Labuan diseragamkan dengan Semenanjung di bawah program 1Malaysia 1Harga. </description>
<status>1</status>
Peniaga Ikan Di Pokok Sena Penerima Pertama Insurans P1MPIN
<description>POKOK SENA, 28 Feb (Bernama) -- Seorang bekas peniaga ikan di pasar Pokok Sena menjadi penerima pertama bayaran insurans Pelan Insurans 1Malaysia Penjaja dan Peniaga Kecil Nasional (P1MPIN) yang diumumkan Perdana Menteri melalui Bajet 2013.</description>
<status>1</status>
Masyarakat Nelayan Perlu Terus Sokong Kerajaan, Pastikan Taraf Hidup Mereka Ditingkatkan
<description>BESUT, 28 Feb (Bernama) -- Masyarakat nelayan perlu terus memberikan kepercayaan dan sokongan padu kepada kerajaan bagi memastikan agenda untuk meningkatkan taraf hidup mereka pada masa depan dapat dilaksanakan, kata Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Datuk Seri Idris Jusoh.</description>
<status>1</status>
240 Metrik Tan Durian Beku Disasar Dieksport Ke China Tahun Ini - Noh Omar
<description>PUTRAJAYA, 27 Feb (Bernama) -- Sebanyak 240 metrik tan durian sejuk beku bernilai RM24 juta disasar dieskport ke China tahun ini, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.</description>
<status>1</status>
Festival Makanan Antarabangsa Putrajaya Empat Hari Bermula Esok
<description>PUTRAJAYA, 27 Feb (Bernama) -- Buat julung kali, Festival Makanan Antarabangsa Putrajaya akan diadakan empat hari berturut-turut sempena karnival "Wow! Putrajaya" mulai esok hingga 3 Mac, dari 10.00 pagi hingga 11 malam. </description>
<status>1</status>
10 Gajah Borneo Pygmy Dipindah Ke Rizab Hidupan Liar Tabin
<description>LAHAD DATU, 27 Feb (Bernama) -- Sepuluh gajah Borneo pygmy yang merayau lebih 45 km dari kawasan pemuliharaan gajah Tabin hingga ke kawasan 10 km dari pekan Lahad Datu, berjaya diselamatkan dalam tempoh seminggu mulai 18 Jan.</description>
<status>1</status>
Eksport Pakistan Ke Malaysia Bagi Tempoh Jan-Okt 2012 Meningkat 6.15 Peratus
<description>KUALA  LUMPUR, 27 Feb (Bernama) -- Eksport Pakistan ke Malaysia bagi tempoh  Januari-Oktober 2012 meningkat sebanyak 6.15 peratus berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya, kata Suruhanjaya Tinggi Pakistan.</description>
<status>1</status>
Lesen Bot Kelas B Tidak Akan Disambung Selepas Tamat Tempoh - Mohd Johari
<description>ALOR SETAR, 26 Feb  (Bernama) -- Lesen bot kelas B tidak akan dilanjutkan apabila tamat tempoh dan nelayan digalakkan memohon lesen bot kelas C iaitu bagi penangkapan ikan laut dalam, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharom. </description>
<status>1</status>
Pewartaan Taman Laut Mampu Tarik Pelancong, Jana Ekonomi Negara - Joseph Kurup
<description>KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Pewartaan Taman Laut di perairan Malaysia sebagai kawasan perlindungan marin mampu meningkatkan industri eko-pelancongan mapan sekali gus menjana ekonomi negara, kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Tan Sri Joseph Kurup.</description>
<status>1</status>
Kian Ramai Penduduk Luar Bandar Rasai Nikmat NKRA
 KUALA LUMPUR, (Bernama) -- Fasa perlaksanaan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Wilayah (KKLW) kini melepasi tahun ketiga dengan beberapa sasaran berjaya dicapai dan dapat dinikmati oleh rakyat.</description>
<status>1</status>
Agrobank Buka Cawangan Di Ranau, Dekat Kaki Gunung Kinabalu
<description>RANAU, 26 Feb (Bernama) -- Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) meluaskan rangkaian cawangannya menerusi pembukaan cawangan Ranau, yang beroperasi di Kedai SEDCO, Blok D, Lot 6, di pekan Ranau, yang terletak di kaki Gunung Kinabalu.</description>
<status>1</status>
Kerajaan Kedah Tidak Terbabit Pembalakan Di Wang Perah - Azizan
<description>ALOR SETAR, 25 Feb (Bernama) -- Pembersihan hutan Bukit Perangin dalam kompartmen tujuh di Wang Perah dalam daerah Kubang Pasu dilakukan oleh pemiliknya dan kerajaan negeri tidak terbabit, kata Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak</description>
<status>1</status>
Operasi Cari Pemancing Diperluas Sehingga 30 Batu Nautika - Polis
<description>KUANTAN,  25 Feb (Bernama) -- Operasi mencari dan menyelamat empat pemancing yang dilapor hilang selepas keluar memancing di perairan Pahang 20 Feb lepas, kini diperluas sehingga 30 batu nautika perairan itu. </description>
<status>1</status>
860 Petani Terima Bantuan Ihsan Banjir RM1.146 Juta
<description>PASIR PUTEH, 25 Feb (Bernama) -- Seramai 860  petani dari tiga jajahan yang mengalami kerosakan tanaman padi akibat banjir akhir tahun lepas, Isnin menerima bantuan berjumlah RM1.146 juta daripada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. </description>
<status>1</status>
Usahawan Pemasar Fama Perlu Tingkat Kualiti Produk
<description>KANGAR, 22 Feb (Bernama)  -- Usahawan pemasar Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) perlu meningkatkan kualiti produk mereka untuk bersaing dalam pasaran lebih luas sehingga ke peringkat antarabangsa, kata Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.</description>
<status>1</status>
Makanan Dan Rempah Ratus Malaysia Laris Di Pasar Musim Sejuk New York
 NEW YORK, 22 Feb (Bernama) -- Walaupun seperti tahun-tahun lepas, wilayah pantai timur Amerika dilanda hembusan angin yang sejuk hingga ke tulang ketika ini, namun Pasar Musim Sejuk Malaysia (MWM) selama dua hari, yang bermula pada Rabu di Bryant Park di sini, tetap menarik kehadiran ramai warga New York. </description>
<status>1</status>
APMM Tok Bali Patah Cubaan Seludup Minyak Diesel Subsidi
<description>PASIR PUTEH, 22 Feb (Bernama) -- Agensi  Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan sebuah bot laut dalam milik nelayan Vietnam dipercayai melakukan cubaan menyeludup 20,000 liter minyak diesel bersubsidi bernilai RM38,000 malam tadi. </description>
<status>1</status>
200 Petani Pasir Pekan Hilir Bantah Tindakan Kerajaan Negeri Jual Tanah Di Pesisir Sungai Kelantan
<description>TUMPAT, 22 Feb (Bernama) -- Kira-kira 200 petani yang mengusahakan tanaman di pesisir Sungai Kelantan di Pasir Pekan Hilir, di sini, Jumaat mengadakan perhimpunan aman membantah tindakan kerajaan negeri yang didakwa menjual tanah pertanian yang diusahakan sejak 30 tahun lalu, kepada pihak tertentu. </description>
<status>1</status>
Penternak Cedera Ditetak Penyerang Tidak Dikenali
<description>BESUT, 22 Feb (bernama) -  Seorang penternak cedera parah di kepala akibat ditetak penyerang yang tidak dikenalinya ketika mangsa berada di Medan Selera Bandar Jerteh Khamis malam. </description>
<status>1</status>
Pengeluaran Getah Asli Naik 1.4 Peratus Pada Disember 2012
<description>KUALA LUMPUR,  21 Feb (Bernama) -- Pengeluaran getah asli Malaysia naik 1.4 peratus atau 1,039 tan kepada 76,263 tan pada Disember 2012 daripada November 2012, demikian menurut Jabatan Perangkaan pada Khamis. </description>
<status>1</status>
Peningkatan Bilangan Penduduk Pengaruhi Permintaan Makanan - LKIM
<description>SANDAKAN, 21 Feb (Bernama) -- Peningkatan bilangan penduduk dilihat mempengaruhi permintaan makanan, kata Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Sabah, Jamaluddin Othman.</description>
<status>1</status>
11 Nelayan Vietnam Ditahan, Bot Dan Peralatan Menangkap Ikan RM2.5 Juta Dirampas
<description>PASIR  PUTEH, 21 Feb (Bernama) -- Sepuluh awak-awak dan seorang tekong nelayan Vietnam ditahan pada Rabu, dan Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) Kelantan merampas bot serta peralatan menangkap ikan mereka bernilai lebih RM2.5 juta. </description>
<status>1</status>
IHP Januari Naik 1.3 Peratus Kepada 105.9
<description>KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Indeks Harga Pengguna  (IHP) bagi Januari tahun ini meningkat 1.3 peratus kepada 105.9, daripada 104.5 yang dicatatkan pada bulan yang sama tahun lepas, dan naik 0.4 peratus berbanding Disember tahun lepas, kata Jabatan Perangkaan.</description>
<status>1</status>
Polis Tahan Peniaga Dipercayai Terlibat Meracun Haiwan Di Zoo Melaka
<description>MELAKA, 20 Feb (Bernama) -- Polis Melaka percaya telah menyelesaikan kes meracun Beruang Matahari dan kuda lumba spesies 'Thoroughbred' di Zoo Melaka dan Safari Malam di sini berikutan penangkapan seorang lelaki berusia 65 tahun awal Rabu.</description>
<status>1</status>
Ombak Minta Penjelasan Kerajaan Kelantan Berhubung Ladang Rakyat Di Limau Kasturi
<description>KOTA  BAHARU, 20 Feb (Bernama) -- Sebuah badan bukan kerajaan Rabu meminta kerajaan negeri Kelantan memberi penjelasan berhubung status tanah yang dijadikan Ladang Rakyat di Limau Kasturi, Gua Musang yang menimbulkan banyak persoalan. </description>
<status>1</status>
Harimau Kumbang Yang Serang Buruh Ladang Di Felda Perasu Mengganas Lagi
<description>GUA MUSANG, 20 Feb (Bernama) -- Seekor harimau kumbang yang mencederakan seorang buruh ladang dua minggu lepas mengganas lagi apabila dipercayai membaham tiga ekor biri-biri milik seorang peneroka di Tanah Rancangan Felda Perasu, di sini.</description>
<status>1</status>
MB Terengganu: Hentikan Fitnah Pembangunan Semula Pasar Payang Untuk Raih Undi
<description>KUALA TERENGGANU, 20 Feb (Bernama) -- Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said meminta pembangkang menghentikan fitnah berkaitan pembangunan semula Pasar Besar Kedai Payang di sini dan tidak mempolitikkan isu itu untuk meraih sokongan rakyat.</description>
<status>1</status>
Modal Insan Sektor Pertanian Diperkasa Selaras Dasar Agromakanan Negara
<description>BUKIT KAYU HITAM,  19 Feb (Bernama) -- Modal insan sektor pertanian terus diperkasa supaya selari dengan hala tuju strategik Dasar Agromakanan Negara yang antara lain berobjektif menjadikan sektor itu lebih dinamik dan kompetitif, kata  Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mohd Johari Baharom. </description>
<status>1</status>
HDC: Eksport Halal Negara 2012 Dijangka Susut 5 Peratus, Naik 6 Peratus Pada 2013
<description>KUALA LUMPUR, 19 Feb (Bernama) -- Jumlah eksport halal negara bagi tahun 2012 dijangka menurun lima peratus berbanding tahun sebelumnya berikutan kurangnya permintaan dari negara luar, terutama China, kata Perbadanan Pembangunan Halal (HDC)</description>
<status>1</status>
Sabah Mampu Jadikan Malaysia Hab Bioteknologi Global: Ongkili
<description>KOTA KINABALU, 19 Feb (Bernama) -- Sabah mampu menjadi tunjang untuk merealisasikan Malaysia sebagai hab bioteknologi global, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.</description>
<status>1</status>
Fama Teruskan Program 'Jimat Belanja Dapur' Tarik Pengguna Ke Pasar Tani
<description>KUALA  TERENGGANU, 19 Feb (Bernama) -- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan meneruskan program 'Jimat Belanja Dapur' di Terengganu tahun ini bagi menarik pengguna ke pasar tani.</description>
<status>1</status>
Taklimat Akan Diberi Kepada Pesawah Elak Ancaman Siput Gondang, Padi Angin - Noh Omar
<description>SHAH ALAM, 19 Feb (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan memberi taklimat bersepadu secara berperingkat kepada pengusaha sawah bagi menangani masalah siput gondang dan pagi angin.</description>
<status>1</status>
Bantuan Sara Hidup Bulanan RM200 Ringankan Beban Hidup 2,000 Nelayan Kelantan
<description>KOTA BAHARU, 19 Feb (Bernama) -- Bantuan sara hidup RM200 seorang yang diberi kerajaan melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) mampu meringankan beban hidup kira-kira 2,000 nelayan Kelantan setiap bulan, kata Pengarah LKIM Kelantan Wan Mohd Adnan Wan Ibrahim. </description>
<status>1</status>
Mada Akan Bina Kilang Pemprosesan Padi Sendiri
<description>JITRA, 18 Feb (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada) telah mengenalpasti beberapa kawasan di daerah Kubang Pasu untuk membina kilang pemprosesan padi sendiri.</description>
<status>1</status>
Rafflesia Kian Terancam Di Tanah Tinggi Lojing
<description>JELI, 18 Feb (Bernama) -- Bunga terbesar di dunia iaitu Rafflesia (Rafflesia kerrii) yang juga dikenali sebagai bunga pakma dan menjadi ikon kepada Tanah Tinggi Lojing dikhuatiri terancam berikutan penggondolan rakus khazanah alam di  tanah tinggi itu.</description>
<status>1</status>
Perhilitan Percaya Gajah Musnahkan Tanaman Penduduk Di Perasu Dari Taman Negara
<description>KOTA BAHARU, 18 Feb (Bernama) -- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan percaya sekumpulan gajah liar yang memusnahkan ladang kelapa sawit milik penduduk Kampung Perasu, Gua Musang, Khamis lepas, adalah dari Taman Negara di sempadan Kelantan-Pahang.</description>
<status>1</status>
Kerajaan Pusat Peruntuk RM12.6 Juta Untuk Program Tanaman Baharu Koko
<description>PENAMPANG, 18 Feb (Bernama) -- Kerajaan meluluskan peruntukan RM12.6 juta tahun ini bagi membangunkan seluas 1,580 hektar kawasan baharu tanaman koko di seluruh negara melalui Program Tanaman Baharu Koko.  </description>
<status>1</status>
Kementerian Jamin Daging Import Di Negara Ini Halal
<description>TANJONG KARANG, 15 Feb  (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Jumaat memberi jaminan daging lembu import di negara ini adalah halal dan diperoleh dari rumah sembelihan yang diiktiraf dan mempunyai sijil halal.  </description>
<status>1</status>
Isu Tanah: Rakyat Tuntut Penjelasan Kerajaan Kelantan
<description>KOTA BAHARU, 15 Feb (Bernama) -- Beberapa isu yang didedahkan badan bukan kerajaan (NGO) termasuk penerokaan tanah dan Ladang Rakyat, membangkitkan  keinginan rakyat untuk mendapatkan penjelasan daripada kerajaan negeri pimpinan PAS.</description>
<status>1</status>
Lebih 800 Pesawah Terima Bantuan Benih Padi Kebal Di Perlis
<description>KANGAR, 15 Feb (Bernama) -- Seramai 811 pesawah di bawah Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Paya dekat sini menerima bantuan benih padi kebal 'clearfield' bernilai RM493,740.</description>
<status>1</status>
Bekas Pengurus Kanan Majuikan Sdn Bhd Bebas Tuduhan Guna Dokumen Palsu
<description>KUALA LUMPUR, 15  Feb (Bernama) -- Mahkamah Sesyen di sini Jumaat melepas dan membebaskan bekas pengurus kanan pemasaran dan jualan Majuikan Sdn Bhd, Mohd Khairuddin Abu Bakar daripada pertuduhan menggunakan dokumen cagaran palsu. </description>
<status>1</status>
Stok Minyak Sawit Dijangka Terus Turun Dipacu Eksport Tinggi, Kata Rabobank
<description>KUALA LUMPUR,  15 Feb (Bernama) -- Stok minyak sawit yang susut 1.9 peratus bulan lepas dijangka meneruskan aliran menurunnya pada minggu-minggu akan datang, dirangsang oleh permintaan eksport yang tinggi, kata penyelidik pasaran komoditi Rabobank Agri. </description>
<status>1</status>
Insentif Kerajaan Pusat RM8.5 Juta Disalur Kepada Peladang Kota Marudu
<description>KOTA MARUDU, 14 Feb (Bernama) -- Insentif kerajaan persekutuan berjumlah RM8.5 juta disalur kepada 19,752 peladang di Kota Marudu, termasuk penerima berulang, di bawah pelbagai skim untuk membantu meningkatkan pengeluaran hasil.</description>
<status>1</status>
Nelayan Digalak Sertai Projek Ternakan Ikan Air Tawar Sebagai Sumber Pendapatan Kedua
<description>SETIU, 14 Feb (Bernama) -- Nelayan di negara ini digalak menyertai projek ternakan ikan air tawar sebagai sumber pendapatan kedua selain menangkap ikan di laut, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.</description>
<status>1</status>
Kerajaan Negeri Selangor Tidak Hormati Sultan Selangor - Noh
<description>SETIU, 14 Feb (Bernama) -- Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan negeri Selangor tidak menghormati Sultan Selangor apabila bercadang membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas sambutan Chap Goh Mei pada 25 Feb ini.</description>
<status>1</status>
Cabaran Dalam Penanaman Semula Hutan Penimbal Pantai
 KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Program penanaman pokok bakau dan spesies sesuai di persisiran pantai negara diperkenalkan pada 14 April 2005, iaitu empat bulan selepas bencana tsunami pada penghujung 2004.</description>
<status>1</status>
Elaun Tarik Golongan Muda Sertai Bidang Pertanian
<description>PUTRAJAYA, 14 Feb (Bernama) -- Selain bagi  mengurangkan bebanan, pemberian  elaun bulanan kepada pelajar institusi latihan pertanian di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani diharap bakal menarik minat lebih ramai golongan muda terutama lepasan Sijil Pelajaran Malaysia menyertai bidang pertanian. </description>
<status>1</status>
Eksport Getah Asli Pada Disember Meningkat 14.9 Peratus Kepada 74,749 Tan Metrik
<description>KUALA LUMPUR, 14 Feb (Bernama) -- Eksport getah asli pada Disember tahun lepas meningkat 14.9 peratus kepada 74,749 tan metrik daripada 65,043 tan metrik pada November tahun yang sama, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.</description>
<status>1</status>
Fenomena Laut Merah Sabah Korbankan Seorang Lagi Mangsa Termakan Kerang
<description>KOTA KINABALU, 13 Feb (Bernama) -- Fenomena laut merah yang kini melanda Sabah menyaksikan seorang lagi mangsa terkorban, menjadikan jumlah tiga kesemuanya setakat ini, dipercayai akibat memakan kerang dan lokan dibeli dari Pasar Malam Inanam, dekat sini.</description>
<status>1</status>
Rumah Penginapan Tambah Pendapatan Persatuan Nelayan Kawasan Setiu
<description>SETIU, 12 Feb (Bernama) -- Rumah penginapan Persatuan Nelayan Kawasan Setiu (PNKS) di Rhu 10, di sini, telah memberi sumbangan ekonomi yang besar kepada persatuan itu setiap tahun.</description>
<status>1</status>
Malaysia Bina Zon Penampan Tsunami
 KUALA LUMPUR, 13 Feb (Bernama) -- Kesan daripada gempa bumi kuat Sumatra-Andaman pada 2004 telah mengakibatkan berlakunya tsunami Lautan India paling dahsyat dalam sejarah yang membawa kesan malapetaka kepada 14 buah negara termasuk Malaysia.</description>
<status>1</status>
LKIM Sarawak Peruntuk RM15.8 Juta Untuk Bayaran Elaun Sara Hidup Nelayan Tahun Ini
<description>KUCHING, 13 Feb (Bernama) -- Kerajaan menerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memperuntukkan RM15.8 juta untuk bayaran elaun sara hidup nelayan di Sarawak tahun ini. </description>
<status>1</status>
Kajian Lanjut Diperlukan Dalam Pasaran Ayam Daging Tempatan, Kata MyCC
<description>KUALA LUMPUR, 8 Feb  (Bernama) -- Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) mendapati tiada bukti konklusif tentang sebarang perlakuan anti persaingan dalam pasaran ayam daging tempatan di Semenanjung Malaysia.</description>
<status>1</status>
Herbalife Malaysia Lancar Produk Pengurusan Berat Baharu
 KUALA LUMPUR, 8  Feb (Bernama) -- Syarikat pemakanan berkhasiat yang berpangkalan di Los Angeles, Herbalife, telah memperkenalkan produk pengurusan berat terbarunya, TC Formula. </description>
<status>1</status>
Pemberian Rebat Bantu Tekun Nasional Tingkat Jumlah Kutipan Hutang - Noh
<description>KUALA LUMPUR, 8 Feb (Bernama) -- Pemberian rebat 10 peratus ke atas pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) sejak tahun lepas berjaya meningkatkan jumlah kutipan bayaran balik pinjaman tabung itu.</description>
<status>1</status>
Buah Mata Kucing Berpotensi Diusahakan Di Kedah
<description>SUNGAI PETANI, 8 Feb (Bernama) -- Penanaman buah mata kucing yang diusahakan secara kecil-kecilan oleh Azmi Morad di Kampung Berapit, Tikam Batu, dekat sini mampu dikomersilkan ke kawasan lain memandangkan tanaman itu dilihat sesuai dengan cuaca dan jenis tanah di negeri ini.</description>
<status>1</status>
BN Tidak Pernah Ugut Pengundi - Noh Omar
<description>TANJONG KARANG, 7 Feb (Bernama) -- Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor Datuk Seri Noh Omar yakin kumpulan petani dan nelayan di daerah ini tidak akan mudah terpedaya dengan helah pakatan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).</description>
<status>1</status>
UMS Bakal Jadi Pusat Rujukan Pemuliharaan Alam Sekitar
<description>KOTA KINABALU, 7 Feb (Bernama) -- Universiti Malaysia Sabah (UMS) bakal menjadi sebuah pusat rujukan institut pengajian tinggi (IPT) lain dalam pemuliharaan alam sekitar dengan pelancaran pelan tindakan lima tahun, EcoCampus Khamis</description>
<status>1</status>
Nelayan Hilang Dikhuatiri Lemas Di Perairan Pulau Mandi Darah, Kudat
<description>KOTA KINABALU, 7 Feb (Bernama) -- Seorang nelayan yang dilaporkan hilang dikhuatiri lemas di Perairan Pulau Mandi Darah, Kudat dekat sini, pagi semalam.</description>
<status>1</status>
KUB Agro Jangka Perolehan Lebih RM100 Juta Pada 2018
<description>PETALING JAYA, 7 Feb (Bernama) -- KUB Agro Holdings Sdn Bhd, menjangka perolehan melebihi RM100 juta pada 2018 daripada RM40 juta sekarang, berikutan projek terbaharu untuk membangunkan 8,000 hektar Tanah Adat Bumiputera (NCR) kepada perladangan kelapa sawit di Kanowit, Sibu, Sarawak.</description>
<status>1</status>
K'jaan Peruntukan RM5.4 Juta Untuk Elaun Sara Hidup Nelayan Di Rompin
<description>ROMPIN, 7 Feb (Bernama) --  Sebanyak RM5.4 juta diperuntukkan untuk elaun sara hidup nelayan bagi daerah Rompin, sejak tiga tahun lepas.</description>
<status>1</status>
Jenayah Maritim Menurun, 523 Kes Penyeludupan Ditumpaskan
<description>PUTRAJAYA, 6 Feb (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), iaitu agensi penguatkuasaan maritim termuda di dunia, berjaya menurunkan kira-kira 45 peratus kadar jenayah di perairan negara dalam tempoh lapan tahun penubuhannya. </description>
<status>1</status>
Operasi Rondaan Bersama APMM Dan Polis Marin Diraja Thailand
<description>TUMPAT, 6  Feb (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Marin Diraja Thailand menandatangani perjanjian operasi bersama dalam kempen menangani penyeludupan secara berterusan di perairan sempadan  Malaysia-Thailand. </description>
<status>1</status>
Kerajaan Peruntuk RM30 Juta Untuk Perumahan Nelayan Darat
<description>HUTAN MELINTANG, 5 Feb (Bernama) -- Kerajaan memperuntukkan RM30 juta di bawah projek perumahan nelayan darat bagi membantu 3,000 nelayan di seluruh negara membaikpulih rumah mereka.</description>
<status>1</status>
Noh Bidas Sikap Abdul Khalid Dalam Usaha Menyelesaikan Isu Air Di Selangor
<description>TANJONG KARANG,  5 Feb (Bernama) -- Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) Selangor membidas sikap Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang sering mempersoal setiap usaha kerajaan persekutuan untuk menyelesaikan isu air di negeri itu.</description>
<status>1</status>
Peneroka Felda Teloi Bantah Kehadiran Mazlan Aliman
<description>BALING, 5 Feb (Bernama) -- Lebih 200 peneroka Felda Teloi Kanan dekat sini  mengadakan bantahan aman dan membuat sekatan sejak petang semalam bagi menghalang Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman daripada memasuki felda itu.</description>
<status>1</status>
13 Barangan Tersenarai Dalam Skim Data Kawalan Harga Di Sarawak
<description>KUCHING, 5 Feb  (Bernama)-- Tiga belas barang keperluan disenaraikan di bawah skim data kawalan harga di Sarawak sempena perayaan Tahun Baharu Cina bagi memastikan barangan itu dijual pada harga berpatutan.
<status>1</status>
Skim Takaful Khairat Kematian Berkelompok Lindungi Pekebun Kecil
<description>MARAN, 4 Feb (Bernama) -- Kerajaan menyediakan Skim Takaful Khairat Kematian Berkelompok bagi melindungi pekebun kecil yang bekerja di kebun yang terdedah dengan pelbagai risiko kemalangan termasuk serangan binatang buas.</description>
<status>1</status>
Terengganu Lulus RM2.33 Juta Untuk Sektor Pertanian
<description>KUALA TERENGGANU, 4  Feb (Bernama) -- Kerajaan negeri Terengganu  meluluskan peruntukan sebanyak RM2.33 juta kepada Jabatan Pertanian untuk pembangunan sektor pertanian di negeri itu tahun ini. </description>
<status>1</status>
Mesej "3665" Pemakanan Sihat Sempena Tahun Baharu Cina - Liow
<description>KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) -- Sempena Tahun Baharu Cina tahun ini, Kementerian Kesihatan mempromosi mesej "3665" bagi memastikan rakyat Malaysia terus mengamalkan pemakanan sihat di sebalik kemeriahan perayaan itu.</description>
<status>1</status>
Pesawah Perlis Terima Benih Kebal
<description>KANGAR, 4 Feb (Bernama) -- Seramai 7,081  pesawah di seluruh Perlis yang tanaman padi mereka rosak akibat masalah padi angin musim kedua dua tahun lalu, akan menerima bantuan benih padi kebal bagi memulakan tanaman musim baru mulai Isnin.</description>
<status>1</status>
RM8.5 Juta Untuk Skim Insentif Produktiviti Getah - Shafie Apdal
<description>MARAN, 4 Feb (Bernama) -- Kementerian  Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah memperuntukkan sebanyak RM8.5 juta kepada Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) bagi melaksanakan Skim Insentif Produktiviti Getah  tahun ini. </description>
<status>1</status>
Kerajaan Belanja RM350 Juta Setahun Bayar Elaun Sara Hidup Nelayan
<description>ALOR SETAR, 3 Feb (Bernama) -- Kerajaan membelanjakan lebih RM350 juta setahun bagi membayar elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan kepada kira-kira 55,000 nelayan di seluruh negara.</description>
<status>1</status>
Kerajaan Persekutuan Diminta Campur Tangan Isu Pembalakan Hutan Simpan Ulu Muda Kedah
<description>KUALA LUMPUR,  31 Jan (Bernama) -- Pertubuhan bukan kerajaan Friends of Ulu Muda (FoUM) meminta kerajaan Persekutuan campur tangan dalam isu pembalakan di Hutan Simpan Ulu Muda di Kedah berikutan tiada maklum balas diberi oleh kerajaan negeri.</description>
<status>1</status>
LPNM Yakin Dapat Tingkat Industri Nanas Di Sarawak
<description>KUCHING, 31 Jan (Bernama) -- Lembaga Perindustrian  Nanas Malaysia (LPNM) yakin dapat mengembalikan industri nanas dengan hasil eksport tinggi, khasnya di Sarawak berikutan pemeteraian memorandum persefahaman dengan Syarikat Syngenta Corp Protection Sendirian Berhad di sini Khamis. </description>
<status>1</status>
Kematian Misteri 13 Gajah Borneo Kejadian Sedih Bagi Sabah, Kata MCPF
<description>KOTA KINABALU, 31 Jan (Bernama) -- Naib pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF) Tan Sri Lee Lam Thye menyifatkan kematian penuh misteri 13 gajah spesies Borneo Pygmy di Hutan Simpan Gunung Rara di Tawau sebagai suatu kejadian yang amat menyedihkan bagi usaha pemuliharaan di Sabah.</description>
<status>1</status>
Pekerja Ladang Warga Malaysia Maut Dalam Banjir Di Queensland
 MELBOURNE, 31 Jan (Bernama) -- Seorang warga Malaysia dan seorang warga  Taiwan yang memandu berasingan masing-masing menuju ke sebuah ladang jagung di Queensland, maut selepas kenderaan mereka terjunam ke dalam sungai yang melimpah di Lockyer Valley, awal pagi Ahad.</description>
<status>1</status>
Tiga Lagi Gajah Ditemui Mati Di Hutan Tawau - Masidi
<description>KOTA KINABALU, 30 Jan (Bernama) -- Tiga lagi  bangkai gajah yang mati dipercayai akibat 'perbuatan khianat' dijumpai di kawasan hutan berdekatan Kalabakan di Tawau, bahagian pantai timur Sabah Rabu, menjadikan angka kematian dalam kejadian yang amat mengejutkan itu meningkat kepada 13 ekor  setakat ini.</description>
<status>1</status>
JAKIM Bangunkan MS2424 Standard Halal Produk Farmaseutikal Pertama Dunia
<description>PUTRAJAYA, 30 Jan (Bernama) -- Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) melakar sejarah tersendiri apabila menjadi badan persijilan yang membangunkan sijil  pengesahan pengeluaran produk farmaseutikal berdasarkan standard halal yang pertama di dunia, MS2424:2012.</description>
<status>1</status>
Ketua Menteri Mahu Siasatan Menyeluruh Berhubung Kematian 10 Ekor Gajah Di Tawau
<description>KOTA KINABALU, 30 Jan (Bernama) -- Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman mahu Jabatan Hidupan Liar dan Jabatan Perhutanan segera membuat siasatan menyeluruh berhubung kematian 10 ekor gajah di Tawau baru-baru ini.</description>
<status>1</status>
Perhilitan Kelantan Salur RM1 Juta Kawal Ancaman Gajah
<description>KOTA BAHARU, 30 Jan (Bernama) -- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kelantan menerima peruntukan lebih RM1 juta daripada kerajaan pusat bagi melaksanakan program pembangunan terutama mengawal ancaman gajah liar di seluruh Kelantan tahun ini.</description>
<status>1</status>
Pencari Madu Lebah Temui Kulat Aneh
<description>KULIM, 30 Jan (Bernama) -- Seorang pencari madu lebah menemui sepasang kulat aneh, yang berwarna keemas-emasan ketika mencari buluh di Bukit Tok Medan, di Kampung Padang Buluh, Sidam Kiri dekat sini Sabtu lalu.</description>
<status>1</status>
Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani Rancang Program Tarik Minat Golongan Muda
<description>GEORGE TOWN, 29 Jan (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang merancang dan memperbanyakkan program bagi menarik golongan muda menceburi bidang pertanian dan penternakan.</description>
<status>1</status>
Golden Agro Tawar 70 Peratus Tapak Penanam Kepada Orang Ramai
<description>KUALA LUMPUR, 29 Jan (Bernama) -- Golden Agro Plantation Sdn Bhd memperuntukkan 70 peratus daripada tapak penanam, atau 29,240 tapak tanah, kepada orang ramai untuk menyertai Skim Penanam Golden Agro.</description>
<status>1</status>
Malaysia Dijangka Keluarkan 870 Tan Metrik Sarang Burung Walit Bernilai RM3.5 Bilion Menjelang 2020
<description>KOTA KINABALU, 29 Jan (Bernama) -- Malaysia dijangka mempunyai 63,000 premis untuk sarang burung walit menjelang 2020 yang akan mengeluarkan 870 tan metrik sarang burung bernilai RM3.5 bilion.</description>
<status>1</status>
Tekun Nasional Lancar Perkhidmatan Bot Laju, Tingkat Sistem Penyampaian Di Sarawak
<description>SIBU, 28 Jan (Bernama) -- Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun  Nasional) kini giat mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatannya kepada penduduk kawasan pedalaman di negeri Sarawak dengan menggunakan bot laju.</description>
<status>1</status>
546 Nelayan Di Beluran Terima Elaun Sara Hidup
<description>BELURAN, 29 Jan (Bernama) -- Sebanyak 546 nelayan dari kawasan Beluran menerima elaun sara hidup sebanyak RM200 seorang di sini Selasa.</description>
<status>1</status>
Peserta Azam Tani Fama Jana Hasil RM3,000 Sebulan Jual Ais Krim Putar
 KUALA LANGAT, 29 Jan (Bernama) -- Bagi bekas pemandu teksi, Tasripin Mohd Tohir program Projek Azam Tani yang diperkenalkan kerajaan menerusi Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) ternyata membantu mengubah nasib keluarganya menjalani kehidupan yang lebih selesa dengan pendapatan yang terjamin. </description>
<status>1</status>
Saberkas Rancang Pewujudan Makmal Berteknologi Tinggi Di Samarahan
<description>KUCHING, 25 Jan (Bernama) -- Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (Saberkas) akan mewujudkan sebuah makmal yang juga pusat latihan di kawasan Paloh di Bahagian Samarahan sebagai platform untuk melatih anggotanya menjadi usahawan pertanian moden.</description>
<status>1</status>
Projek TKPM Putatan Jangka Jana Pendapatan RM5 Juta Pengeluaran Makanan Sabah
<description>KOTA KINABALU, 25 Jan (Bernama) -- Projek Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Putatan seluas lima hektar yang bakal beroperasi di Putatan dekat sini, dijangka mampu menjana pendapatan lebih RM5 juta kepada industri pengeluaran makanan Sabah pada peringkat awal bermula tahun depan.</description>
<status>1</status>
Mexico Kecualikan Duti Import Ke Atas Minyak Sayur-sayuran
<description>KUALA LUMPUR, 25 Jan (Bernama) --  Keputusan Mexico untuk mengecualikan duti import ke atas pelbagai jenis minyak sayur-sayuran akan membuka lebih banyak peluang untuk para pengeksport Malaysia menembusi pasarannya, kata Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade). </description>
<status>1</status>
Kolej Universiti Risda Akan Dibina Di Perlis
<description>KANGAR, 25 Jan (Bernama) -- Kolej Universiti Risda akan dibina di  Perlis sejajar dengan hasrat kerajaan negeri menyemarakkan industri ilmu, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Md Isa Sabu.</description>
<status>1</status>
Nestle Amal Pendekatan 'Kembali Ke Alam Semula Jadi' Pulihara Alam Sekitar
 KOTA KINABATANGAN, 23 Jan (Bernama) -- Sungai Kinabatangan adalah sungai terpanjang di Sabah. Panjangnya 560 km, dengan dataran banjir meliputi kawasan seluas hampir 17,000 km persegi.</description>
<status>1</status>
AB Tepoh Trading Perlu Modal RM100,000 Untuk Besarkan Perusahaan Ladang Ternakan
 KUALA TERENGGANU, 23 Jan (Bernama) -- AB Tepoh Trading, satu perusahaan yang bergiat cergas dalam perniagaan pembekalan puyuh, ayam kampung, itik dan burung merpati di sekitar daerah ini, akan memperluaskan lagi perniagaannya dengan memperuntukkan modal RM100,000 bagi tujuan membuka kawasan ladang ternakan baharu.</description>
<status>1</status>
Perak Warta 5,018 Hektar Hutan Simpan Piah Sebagai Hutan Simpan Kekal
<description>IPOH, 23 Jan (Bernama) -- Kerajaan negeri mewartakan sebahagian kawasan Hutan Simpan Piah seluas 5,018 hektar di Mukim Lenggong dekat sini sebagai hutan simpan kekal bagi tujuan pemuliharaan.</description>
<status>1</status>
PBTM Tagih Janji Kerajaan Negeri Kelantan Berhubung Pemberian Tanah
<description>KUALA LUMPUR, 23 Jan (Bernama) -- Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM) Kelantan menuntut kerajaan Kelantan pimpinan PAS menunaikan janji untuk memberi tanah kepada bekas tentera.</description>
<status>1</status>
PASFA Cadang Buka Maahad Tahfiz Dan Pusat Latihan Peladang
<description>KUANTAN, 23 Jan (Bernama) -- Pertubuhan Peladang Negeri Pahang (PASFA) akan menubuhkan pusat latihan peladang dan maahad tahfiz di negeri itu, kata Pengerusi Lembaga Pengarahnya Datuk Mustaffar Kamal Ab Hamid.</description>
<status>1</status>
Fama Sasar 100,000 Ahli Sertai Koperasi Pasar Tani Kebangsaan
<description>ALOR SETAR, 22 Jan (Bernama) -- Fama mensasarkan seramai 80,000 hingga 100,000 ahlinya menyertai Koperasi Pasar Tani Kebangsaan selepas semua negeri menubuhkan koperasi masing-masing menjelang Februari depan.</description>
<status>1</status>
Sinku Food Berhasrat Pasarkan Keropok Sejuk Beku Ke Pasaran Global
 KUALA TERENGGANU, 22 Jan (Bernama) -- Sinku Food Industries Sdn Bhd (SFISB), pengeluar makanan berasaskan ikan seperti keropok lekor sejuk beku, kini merancang menembusi pasaran global di London, United Kingdom dan Perth, Australia.</description>
<status>1</status>
Mi Segera Malaysia Masuk Pasaran Arus Perdana New York
 NEW YORK, Jan 22 (Bernama) -- Tiga produk mi segera dari Malaysia merupakan produk pertama dari tanah air yang berjaya menembusi pasaran arus perdana di  Amerika Syarikat.</description>
<status>1</status>
734 Nelayan Di Sandakan Terima Elaun Sara Hidup
<description>SANDAKAN, 22 Jan (Bernama) -- Seramai 734 nelayan kawasan Sandakan pada Selasa menerima Elaun Sara Hidup yang disampaikan Menteri Belia dan Sukan negeri Datuk Peter Pang En Yin.</description>
<status>1</status>
PPNT Labur RM300,000 Laksana Projek Mini Estet Ubi Vitato Di Setiu
<description>KUALA TERENGGANU, 22 Jan (Bernama) -- Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) akan melabur RM300,000 untuk melaksanakan projek mini estet ubi vitato di daerah Setiu mulai Mac ini.</description>
<status>1</status>
Elaun Sara Hidup RM200 Pelengkap Rezeki Nelayan       
<description>KUALA TERENGGANU, 21 Jan (Bernama) -- Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) bernilai RM200 yang diterima seorang nelayan Ahmad Seman, 52, setiap bulan adalah 'pelengkap rezeki' sejak menghidap sakit saraf, lapan bulan lalu.</description>
<status>1</status>
LKIM Terengganu Akan Bina 300 Rumah Projek Penempatan Semula Nelayan Di Setiu
<description>KUALA TERENGGANU, 21 Jan (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) cawangan Terengganu sedang mengenal pasti lokasi sesuai di Setiu untuk membina 300 rumah bagi projek penempatan semula nelayan miskin di negeri ini.</description>
<status>1</status>
Kompleks PIPC Tidak Jejas Sumber Hasil Laut Negeri Johor - Exco
<description>JOHOR BAHARU, 21 Jan (Bernama) -- Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Johor Datuk Ab Aziz Kaprawi menyangkal dakwaan Johor kehilangan sumber hasil laut akibat pembangunan Kompleks Bersepadu Petroleum Pengerang (PIPC) di Kota Tinggi.</description>
<status>1</status>
MH Mohd Industries Teroka Produk Kopi Baharu, Harap Kenaikan Pendapatan 20 Peratus
<description>KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Pengeluar sos dari Kelantan, MH Mohd Industries Sdn Bhd, meneroka pembuatan produk kopi baharu dan berharap pempelbagaian itu akan membantu meningkatkan pendapatan syarikat sekurang-kurangnya 20 peratus tahun ini kepada lebih RM2.4 juta.</description>
<status>1</status>
Subsektor Perikanan Sabah Jana Pelaburan Swasta RM3.21 Bilion Tahun Lepas
<description>KOTA KINABALU, 21 Jan (Bernama) -- Subsektor perikanan di Sabah menjana pelaburan swasta berjumlah RM3.21 bilion pada tahun lepas, kata Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Yahya Hussin.</description>
<status>1</status>
PPKKB Untung RM40,000 Projek Tenakan Ikan Sungai Comor Tahun Lepas
 KUALA BERANG, 21 Jan (Bernama) -- Pertubuhan Peladang Kawasan Kuala Berang (PPKKB) yang menjalankan projek ternakan ikan dalam sangkar di Sungai Comor, Tasik Kenyir telah mencatat keuntungan selepas modal RM40,000 tahun lepas.</description>
<status>1</status>
Kementerian Sedia Kaji Benarkan Semula Pukat Rentang - Noh
<description>TANJONG KARANG, 18 Jan (Bernama) -- Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bersedia mengkaji membenarkan semula penggunaan pukat rentang di negara ini sekiranya dipersetujui majoriti nelayan.</description>
<status>1</status>
Langkah India Naikkan Duti Import Minyak Makan Hanya Beri Kesan Minimum - OSK Research
<description>KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Langkah kerajaan India menaikkan duti import minyak makan mentah hanya akan memberi kesan minimum terhadap industri minyak sawit Malaysia, demikian menurut firma penyelidikan utama Jumaat. </description>
<status>1</status>
Indahnya Panorama Tasik Kenyir
 KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) -- Tasik Kenyir di  Kuala Berang memang tidak asing lagi dan sering menjadi sebut-sebutan di bibir pelancong dalam dan luar negara selepas mereka menjejak kaki di situ. </description>
<status>1</status>
Risda Salur RM54 Juta Program Tanaman Semula Getah Di Sarawak Tahun Ini
<description>SIBU, 18 Jan (Bernama) -- Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) merancang memperuntukkan RM54 juta untuk tanaman semula getah di Sarawak tahun ini.</description>
<status>1</status>
India Laksana 2.5 Peratus Duti Import Ke Atas Minyak Makan Mentah
 NEW DELHI, 18 Jan (Bernama) -- India, pembeli terbesar minyak makan di dunia, buat pertama kali sejak 2008, mengenakan duti import sebanyak 2.5 peratus ke atas minyak makan mentah dalam usaha melindungi peladang minyak tempatan.</description>
<status>1</status>
China Kumpul 864.9 Bilion Yuan Cukai Tembakau Tahun 2012
 BEIJING, 17 Jan 17 (Bernama) -- Kerajaan China telah mengumpul 864.9 bilion  yuan (US$137.7 bilion) dalam cukai tembakau pada 2012, meningkat 15.7 peratus tahun-atas-tahun.</description>
<status>1</status>
LKIM Kelantan Lancar Gerakan Pemutihan Tentukan Kelayakan Nelayan Terima Bantuan
<description>TUMPAT, 17 Jan (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kelantan akan memastikan hanya nelayan tulen sahaja mendapat manfaat daripada skim saraan hidup nelayan sebanyak RM200 sebulan yang diberikan kerajaan melalui lembaga itu.</description>
<status>1</status>
Penduduk Pulau Mabul Perlu Sebuah Klinik Desa - Nasir
<description>SEMPORNA, 17 Jan (Bernama) -- Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk Seri Nasir Tun Sakaran mencadangkan supaya sebuah klinik desa dibina di Pulau Mabul bagi memudahkan lebih 1,000 penduduk pulau berkenaan mendapatkan perkhidmatan penjagaan kesihatan.</description>
<status>1</status>
Dua Pelatih PTD Dijangkiti Virus H1N1, Kata Liow
<description>KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Dua pelatih Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) dari pusat latihan Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) di Baling, Kedah dikesan mengalami jangkitan virus influenza A (H1N1), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.</description>
<status>1</status>
MIER Jangka Inflasi Pada Kadar 2.5 Peratus Tahun Inui
<description>KUALA LUMPUR, 17 Jan (Bernama) -- Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) mengunjurkan kadar inflasi meningkat kepada 2.5 peratus berbanding 1.7 peratus pada tahun ini, yang dirangsang oleh peningkatan aliran masuk modal ke dalam sektor pembuatan.</description>
<status>1</status>
Fenomena Laut Merah Di Perairan Lawas Dipantau
<description>KUCHING, 16 Jan (Bernama) -- Jabatan Perikanan Laut Sarawak memantau perairan di pesisir Lawas susulan fenomena air laut merah di Sabah dan Teluk Brunei, kata timbalan pengarahnya Bohari Leng.</description>
<status>1</status>
Permohonan Sijil Halal Meningkat - JAKIM
<description>KUALA LUMPUR, 16 Jan (Bernama) --  Terdapat peningkatan permohonan pensijilan halal di Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Jabatan Agama Islam Negeri (Jain) sejak Akta Perihal Dagangan 2011 dikuatkuasakan.</description>
<status>1</status>
LKIM Peruntuk RM1.42 Juta Bina Infrastruktur Nelayan Daerah Barat Daya
<description>GEORGE TOWN, 16 Jan  (Bernama) -- Kerajaan persekutuan memperuntukkan RM1.42 juta tahun ini untuk membina infrastruktur nelayan di Daerah Barat Daya, Pulau Pinang. </description>
<status>1</status>
Risda Mahu Tubuh Briged Pekerja Ladang
<description>ROMPIN, 16 Jan (Bernama) -- Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) bercadang menubuhkan Briged Pekerja Ladang sebagai usaha mengurangkan kebergantungan negara kepada pekerja asing.</description>
<status>1</status>
PPNT Terus Berusaha Perkukuh Rantaian Pemasaran Hasil Pertanian Segar
<description>KUALA TERENGGANU, 16 Jan (Bernama) -- Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT), satu badan induk kepada 15 Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Terengganu, terus berusaha memperkukuhkan rantaian pemasaran hasil pertanian segar para peladang dengan menambah lagi 10 "kiosk Peladang" pada tahun ini.</description>
<status>1</status>
Limau Mandarin Berkurangan Akibat Jerebu Di China
<description>KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Limau mandarin, buah wajib untuk sambutan Tahun Baharu Cina, dijangka kurang mendapat sambutan pada tahun ini berikutan harganya lebih mahal berbanding tahun sebelumnya.</description>
<status>1</status>
LPP Sedia Hampir RM4 Juta Untuk Pembangunan Usahawan Terengganu Tahun Ini
<description>KUALA TERENGGANU, 15 Jan (Bernama) -- Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Terengganu memperuntukkan hampir RM4 juta untuk pembangunan usahawan niaga peladang di negeri itu tahun ini.</description>
<status>1</status>
Bekas Pengarah Veterinar Negeri Sembilan Dibebas Daripada Tuduhan Palsu Dokumen
<description>SEREMBAN, 15  Jan (Bernama) -- Mahkamah Sesyen di sini Selasa melepas dan membebaskan bekas Pengarah Veterinar Negeri Sembilan Datuk Dr Noor Soeraya Norsham daripada empat tuduhan memalsukan dokumen bagi tujuan kenaikan pangkat dan gred antara 2009 hingga 2011. </description>
<status>1</status>
Kegagalan Pembangkang Penuhi Janji Perlu Dijadikan Iktibar - Ismail
<description>KANGAR, 15 Jan (Bernama) -- Kegagalan pembangkang memenuhi janji pilihan raya mereka perlu dijadikan iktibar oleh rakyat untuk membuat pilihan bijak pada pilihan raya umum akan.</description>
<status>1</status>
Ngarai Imbak Simpan Pelbagai Khazanah Ilmu
 KINABATANGAN, 15 Jan (Bernama) -- Suasana pagi di Kawasan Pemuliharaan Ngarai Imbak (ICCA) sungguh damai dan mempesona, dengan burung berkicau riang, suara ungka bersahut-sahutan serta bunyi air sungai yang mengalir deras dalam persekitaran yang diselubungi kabus.</description>
<status>1</status>
 Import Minyak Sayuran India Meningkat 35 Peratus Pada Disember 2012
NEW DELHI, 14 Jan (Bernama) –- Import India ke atas minyak sayuran pada Disember 2012 meningkat 35 peratus kepada 901,092 tan berbanding 669,912 tan </description>
<status>1</status>
LKIM Kelantan Cadang Bina Rumah Untuk Diberi Secara Percuma Kepada Nelayan Miskin
<description>BACHOK, 14 Jan (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Kelantan bercadang membina rumah bernilai RM40,000 seunit, untuk diberi secara percuma kepada nelayan miskin yang tidak mempunyai rumah, pada tahun ini.</description>
<status>1</status>
Penetasan Dan Pemuliharaan Penyu Sebahagian Daripada Program TMT
<description>KUALA TERENGGANU, 14 Jan (Bernama) -- Pelbagai program berkaitan penetasan dan pemuliharaan penyu akan dijadikan sebagai sebahagian program Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013.</description>
<status>1</status>
SSME Muncul Pengeluar Pokok Buah, Bunga Bermula Dengan Modal RM20,000
 KUALA TERENGGANU, 14 Jan (Bernama) -- Bermula dengan modal RM20,000 kira-kira 10 tahun lalu, Syarikat Seri Manir Enterprise (SSME) kini muncul sebagai pengeluar pokok buah-buahan dan bunga-bungaan yang terbesar di Kuala Terengganu.</description>
<status>1</status>
DRB-Hicom Beri Sumbangan Untuk Nelayan Dan Program Hijaukan Bumi
<description>PONTIAN, 13 Jan (Bernama) --  DRB-Hicom Bhd hari ini menyampaikan sumbangan RM10,000 kepada Pakatan Nelayan Pengkalan Tanjung Piai untuk mendirikan tempat pembersihan dan penyimpanan peralatan nelayan.</description>
<status>1</status>
46 Rumah Dibina Untuk Penyusunan Semula Kampung Balat
<description>KINABATANGAN, 11 Jan (Bernama) -- Program Penyusunan Semula Kampung (PSK) di Kampung Balat di sini membolehkan penduduk menjalani kehidupan yang lebih selesa dan tidak lagi berhadapan masalah banjir.</description>
<status>1</status>
Fama Sarawak Bincang Bangun Kawasan Letak Kereta
<description>KUCHING, 11 Jan (Bernama) -- Lembaga Pemasaran  Pertanian Persekutuan (Fama) Sarawak akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Tanah dan Survei Negeri pada  Selasa ini untuk membincangkan prosedur lanjut bagi membangunkan lebih empat ekar tanah berdekatan pejabat Fama di Medan Niaga Satok. </description>
<status>1</status>
Eksport Getah Asli Pada November 2012 Susut 2.4 Peratus Kepada 65,043 Tan
<description>KUALA LUMPUR, 11 Jan (Bernama) -- Eksport getah asli pada November tahun lepas susut 2.4 peratus atau 1,633 tan kepada 65,043 tan berbanding 66,681 tan yang dicatatkan pada Oktober tahun yang sama, kata Jabatan Perangkaan Jumaat.  </description>
<status>1</status>
Jabatan Laut Perkenal Sistem Pengenalan Automatik Kepada Bot Nelayan
<description>LUMUT, 11 Jan (Bernama) -- Jabatan Laut Semenanjung Malaysia memperkenalkan penggunaan Sistem Pengenalan Automatik (AIS) yang dipasang pada bot nelayan bagi memudahkan jabatan itu memantau pergerakan bot berkenaan.</description>
<status>1</status>
Daging Kuda Antara Menu Di Kazakhstan
ASTANA (Kazakhstan), 11 Jan (Bernama) -- Kazakhstan adalah sebuah negara yang kaya dengan hasil bumi seperti minyak, uranium dan gas asli di samping mempunyai himpunan budaya yang unik. </description>
<status>1</status>
Hasil Projek Ladang Pengganda Kambing PPNT Memberangsangkan
 KUALA TERENGGANU, 10 Jan  (Bernama) -- Bermula dengan 350 ekor baka kambing pedaging, Projek Ternakan Ladang Pengganda Kambing milik Pertubuhan Peladang Negeri Terengganu (PPNT) di Kampung Pelam Telemong, Hulu Terengganu kini berjaya menghasilkan lebih 600 ekor anak sejak diperkenalkan dua tahun lepas. </description>
<status>1</status>
Lebih 100 Penduduk Orang Asli Berkumpul Bantah Ladang Rakyat
<description>KOTA BAHARU, 10 Jan (Bernama) -- Seramai 115 penduduk Orang Asli Pos Balar dan Pos Belatim di Gua Musang yang berang tanah adat mereka diambil untuk dijadikan Ladang Rakyat oleh kerajaan Kelantan, pada Khamis berkumpul di perkarangan Kompleks Kota Darul Naim di sini.</description>
<status>1</status>
RM1 Juta Untuk Program Azam Tani Terengganu
<description>MARANG, 10 Jan (Bernama) -- Sebanyak RM1 juta diperuntukkan kerajaan bagi  malaksanakan program Azam Tani di Terengganu tahun ini, kata Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) negeri Hasan Jusoh.</description>
<status>1</status>
Penerima BR1M Di Kedah Dijangka Bertambah Lebih 200,000 Orang
<description>ALOR SETAR,  10 Jan (Bernama) -- Penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0 yang akan mula dibayar Februari ini bagi negeri Kedah dijangka mencecah lebih 570,000 orang. </description>
<status>1</status>
Stok Minyak Sawit Malaysia Pada Disember 2012 Meningkat 2.41 Peratus
<description>KUALA LUMPUR, 10 Jan (Bernama)  -- Stok minyak sawit Malaysia pada Disember meningkat 2.41 peratus kepada 2.63 juta tan berbanding 2.56 juta tan pada  November, kata Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Khamis. </description>
<status>1</status>
10 Usahawan IKS Kelantan Sertai Ekspo Halal Di Songkhla, Thailand
<description>KOTA BAHARU, 9 Jan (Bernama) -- Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Kelantan akan memanfaatkan penyertaan mereka pada Ekspo Halal 2013 di Hatyai, Thailand mulai Jumaat ini untuk mengenal pasti potensi bagi memasarkan produk mereka ke pasaran antarabangsa</description>
<status>1</status>
Banjir: Petani Rugi Diminta Lapor Kepada KADA
<description>KOTA BAHARU, 9 Jan (Bernama) -- Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) meminta penanam padi yang berdaftar dengan agensi itu dan menghadapi kerugian akibat banjir, supaya segera melapor kepadanya.</description>
<status>1</status>
Sonamu: Elakkan Kawasan Pantai Dan Laut Di Sarawak
<description>KUCHING, 9 Jan (Bernama) -- Penduduk di tengah dan utara Sarawak dinasihati supaya mengelak daripada mengadakan sebarang aktiviti marin atau pantai mulai hari ini hingga 13 Jan berikutan ribut tropika Sonamu yang diramal membadai negeri ini dalam tempoh itu.</description>
<status>1</status>
Amaran Ribut Petir Dan Hujan Lebat Di Sarawak
<description>KUALA LUMPUR, 9 Jan (Bernama) -- Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku di beberapa bahagian di Sarawak bermula esok hingga Sabtu ini.</description>
<status>1</status>
LKPP Peruntuk RM4.5 Juta Bantuan Pendidikan Anak-anak Pesertanya
<description>RAUB, 9 Jan (Bernama) --  Lembaga Kemajuan Perusahaan Pertanian Pahang (LKPP) memperuntukkan RM4.5 juta bagi program bantuan pendidikan untuk anak-anak pesertanya tahun ini. </description>
<status>1</status>
Tatarstan Berminat Teroka Industri Halal Dan Perbankan Islam Dengan Malaysia
<description>PUTRAJAYA, 8 Jan (Bernama) -- Republik Tatarstan dalam Persekutuan Rusia berminat meneroka potensi kerjasama dengan Malaysia, terutamanya dalam industri halal dan perbankan Islam, kata Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman Selasa.</description>
<status>1</status>
Perhilitan Serah Semula Pengurusan Zoo Melaka Kepada Kerajaan Negeri
<description>KUALA LUMPUR, 8 Jan (Bernama) -- Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) menyerahkan semula Zoo Melaka kepada Kerajaan Negeri Melaka setelah 33 tahun menguruskan zoo itu.</description>
<status>1</status>
Risda Kelantan Peruntuk RM26 Juta Tanaman Semula Getah Tahun Ini
<description>KOTA BAHARU, 8 Jan (Bernama)  -- Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (Risda) Kelantan memperuntuk RM26 juta untuk membiayai program tanaman semula kepada pekebun kecil getah di seluruh negeri, tahun ini. </description>
<status>1</status>
NKEA Pertanian Sumbang RM19 Bilion Kepada Pendapatan Negara Kasar 2012
<description>SERDANG, 8 Jan (Bernama) -- Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Pertanian yang melibatkan 17 projek permulaan (EPP) telah menyumbang RM19.078 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) tahun lalu, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.</description>
<status>1</status>
Kerajaan Kelantan Tak Wajar Lanjutkan Tempoh Pajakan Kepada Syarikat Asing
<description>KOTA BAHARU, 8 Jan (Bernama) -- Kerajaan negeri Kelantan tidak wajar melanjutkan tempoh pajakan tanah yang diberikan kepada syarikat ladang asing bagi memastikan peluang perniagaan turut dinikmati rakyat tempatan, terutama usahawan Melayu di negeri ini.</description>
<status>1</status>
Penduduk Bersyukur Sonamu Tidak Melanda
<description>KUALA TERENGGANU, 8 Jan (Bernama) -- Penduduk merasa bersyukur kerana ribut tropika Sonamu beserta angin kencang yang diramal membadai perairan pantai timur Semenanjung termasuk Terengganu tidak menjadi kenyataan.</description>
<status>1</status>
Dua Nelayan Dihukum Gantung Sampai Mati Kerana Edar Dadah
<description>ALOR SETAR, 8 Jan (Bernama) -- Dua nelayan dihukum gantung sampai mati setelah didapati bersalah atas tuduhan mengedar dadah tahun lalu oleh Mahkamah Tinggi Alor Setar di sini, Selasa.</description>
<status>1</status>
Sonamu: Polis Terengganu Tempatkan Anggota Pantau, Ronda Kawasan Pantai
<description>KUALA TERENGGANU, 7 Jan (Bernama) -- Polis Terengganu akan menempatkan anggotanya di beberapa lokasi berisiko terutamanya di sekitar kawasan pantai peranginan bagi menjamin keselamatan orang ramai.</description>
<status>1</status>
HDC, Puratos Malaysia Bangunkan Keupayaan Inovasi Syarikat Tempatan
<description>KUALA LUMPUR, 7 Jan (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) kini melaksanakan program bersama Puratos Malaysia Sdn Bhd bagi membangunkan dan meningkatkan keupayaan inovasi syarikat-syarikat tempatan di dalam industri konfeksionari, bakeri, patisserie dan coklat.</description>
<status>1</status>
Petani Terlibat Banjir Akan Diberi Wang Ehsan
<description>JITRA, 6 Jan (Bernama) -- Kerajaan persekutuan akan memberi bantuan wang ehsan kepada petani yang mengalami kerugian akibat banjir baru-baru ini.</description>
<status>1</status>
Polis Marin Gagalkan Cubaan Seludup Keluar 960kg Gula Pasir Subsidi
<description>TAWAU, 4 Jan (Bernama) -- Pasukan Polis Marin Tawau menggagalkan cubaan menyeludup keluar 960 kilogram gula pasir bersubsidi dari Tawau dalam Operasi Paradise di kawasan perairan Tanjung Batu semalam.</description>
<status>1</status>
Dua Nelayan Dikhuatiri Lemas Di Perairan Batu Payung
<description>TAWAU, 4 Jan (Bernama) -- Dua nelayan dikhuatiri lemas dipercayai terjatuh dari perahu mereka ketika memancing di perairan Batu Payung Jumaat.</description>
<status>1</status>
Kakitangan BMW Tanam 200 Pokok Di FRIM
<description>KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) -- Kakitangan BMW Group Malaysia baru-baru ini menanam 200 pokok di Taman Botanikal Institut Penyelidikan Hutan Malaysia (FRIM) di Kepong sebagai sebahagian daripada usaha pemuliharaan rizab hutan di Lembah Kelang.</description>
<status>1</status>
Bekalan Ikan Di Kedah Berkurangan Sejak Empat Hari Lepas Bimbangkan Orang Ramai
<description>ALOR SETAR, 4 Jan (Bernama) -- Cuaca yang tidak menentu di Kedah sejak empat hari lepas menyebabkan bekalan ikan terutamanya ikan kembong berkurangan sehingga menimbulkan kebimbangan kepada orang ramai.</description>
<status>1</status>