PM: Bajet 2009 Bukan Cari Populariti Tetapi Tanggungjawab Kerajaan Kepada Rakyat

KEPALA BATAS, 30 Ogos (Bernama) -- Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata Bajet 2009 yang dibentangkannya di Parlimen semalam bukan bertujuan mencari populariti tetapi lebih merupakan tanggungjawab kerajaan kepada rakyat.

 
     
 
    * EKONOMI MALAYSIA BERKEMBANG 6.3 PERATUS PADA SUKU KEDUA 2008

* EKONOMI MALAYSIA DIJANGKA TUMBUH 5.7 PERATUS PADA 2008

* KIRA-KIRA 100,000 PEMBAYAR CUKAI DALAM GOLONGAN PENDAPATAN SEDERHANA TIDAK LAGI DIKENAKAN CUKAI SETELAH REBAT CUKAI RM35,000 DAN KE BAWAH AKAN DINAIKKAN KEPADA RM400 DARIPADA RM350

* PENGECUALIAN CUKAI UNTUK SEMUA PENDAPATAN FAEDAH BAGI INDIVIDU

* PENGURANGAN DUTI IMPORT BAGI BARANGAN PENGGUNA (CONTOH: MESIN PENGISAR, PERIUK NASI, KETUHAR GELOMBANG MIKRO DAN CEREK ELEKTRIK) KEPADA ANTARA 5 PERATUS DAN 30 PERATUS DARIPADA 10 PERATUS DAN 60 PERATUS

* PENGECUALIAN DUTI IMPORT KE ATAS BEBERAPA BARANGAN MAKANAN TERMASUK MIHUN, BISKUT, JUS BUAH-BUAHAN DAN JAGUNG MANIS DALAM TIN

* KADAR CUKAI JALAN KENDERAAN PENUMPANG PERSENDIRIAN BERENJIN DIESEL MILIK INDIVIDU DAN SYARIKAT SAMA DENGAN KADAR CUKAI JALAN KENDERAAN ENJIN PETROL BERKUAT KUASA 1 SEPT, 2008

* PENGECUALIAN CUKAI DIBERIKAN KE ATAS MANFAAT YANG DINIKMATI PEKERJA SEPERTI BANTUAN KADAR FAEDAH BAGI PINJAMAN PERUMAHAN, KENDERAAN BERMOTOR DAN PENDIDIKAN

* TELEFON MUDAH ALIH SERTA BIL TELEKOMUNIKASI DAN LANGGANAN INTERNET YANG DIBAYAR OLEH MAJIKAN DIKECUALIKAN CUKAI

* KERAJAAN MENYEDIAKAN KEMUDAHAN PINJAMAN MUDAH MELALUI DANA PENGANGKUTAN AWAM RM3 BILION DI BAWAH BANK PEMBANGUNAN MELAYSIA BERHAD UNTUK MEMBIAYAI PEROLEHAN ASET BAS DAN REL

* PENGURANGAN 50 PERATUS DALAM BAYARAN TOL BAGI SEMUA BAS, KECUALI DI PINTU MASUK SEMPADAN IAITU TAMBAK JOHOR, LINK KEDUA DAN BUKIT KAYU HITAM UNTUK TEMPOH DUA TAHUN BERMULA 15 SEPT 2008

* KECEKAPAN PENGANGKUTAN AWAM DITINGKATKAN MELALUI PERBELANJAAN RM35 BILION DARI 2009 HINGGA 2014

* PETANI DAPAT FAEDAH DARIPADA CADANGAN PEMANSUHAN DUTI IMPORT KE ATAS BAJA DAN RACUN PEROSAK

* PEMILIKAN RUMAH DI KALANGAN ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM DITINGKATKAN DENGAN LANJUTAN TEMPOH PINJAMAN PERUMAHAN DARIPADA 25 TAHUN KEPADA 30 TAHUN

* MEMBUKA PANEL INSURANS PINJAMAN PERUMAHAN KERAJAAN KEPADA SEMUA SYARIKAT INSURANS YANG LAYAK DARIPADA HANYA LIMA SYARIKAT INSURANS SEKARANG INI

* DUTI EKSAIS ROKOK NAIK TIGA SEN KEPADA 18 SEN SEBATANG. CUKAI UNTUK SEKOTAK ROKOK 20 BATANG MENINGKAT SEBANYAK 60 SEN

* KADAR CUKAI INDIVIDU MAKSIMUM DITURUNKAN KEPADA 27 PERATUS DARIPADA 28 PERATUS MULAI TAHUN TAKSIRAN 2009

* KUMPULAN BERPENDAPATAN SEDERHANA DAPAT MANFAAT DARIPADA PENGURANGAN KADAR CUKAI MARGINAL KEPADA 12 PERATUS DARIPADA 13 PERATUS

* ELAUN MODAL DIPERCEPATKAN UNTUK PEMBELIAN PERALATAN ICT DITUNTUT SEPENUHNYA DALAM TEMPOH SETAHUN BERBANDING DUA TAHUN SEBELUM INI

* PEMANSUHAN LARANGAN IMPORT KE ATAS KREN DI PELABUHAN MANAKALA KADAR DUTI IMPORT DIKURANGKAN DARIPADA 20 PERATUS KEPADA LIMA PERATUS

* PELABURAN BARU OLEH PENGUSAHA HOTEL BERTARAF EMPAT DAN LIMA BINTANG DI SABAH DAN SARAWAK DIKECUALIAN CUKAI PENDAPATAN 100 PERATUS ATAU ELAUN CUKAI PELABURAN 100 PERATUS BAGI TEMPOH LIMA TAHUN

* SYARIKAT MODAL TEROKA YANG MELABUR SEKURANG-KURANG 30 PERATUS DALAM BENTUK PERMULAAN DAN PEMBIAYAAN PERINGKAT AWAL

* INDUSTRI PERKAPALAN TEMPATAN DIMAJUKAN MELALUI DANA BARU RM2 BILION BAGI MEMBIAYAI PEMBELIAN KAPAL DAN NAIK TARAF LIMBUNGAN KAPAL

* LOJI DAN MESIN YANG DIPEROLEH OLEH PKS DALAM TAHUN TAKSIRAN 2009 & 2010 DIBERIKAN ELAUN MODAL DIPERCEPATKAN YANG LAYAK DITUNTUT SEPENUHNYA DALAM TEMPOH SETAHUN.

* MANSUH DUTI IMPORT DAN JUALAN BAGI PERALATAN SISTEM SOLAR POTOVOLTAIK

* PENGECUALIAN CUKAI JUALAN DAN IMPORT KE ATAS BARANGAN PERANTARAAN SEPERTI MOTOR KECEKAPAN TINGGI DAN BAHAN INSULASI

* MANSUH CUKAI JUALAN BAGI PERALATAN SISTEM PEMANASAN SOLAR YANG DIKELUARKAN DALAM NEGARA

* MANSUH CUKAI JUALAN KE ATAS BARANGAN PENGGUNA KELUARAN TEMPATAN YANG MENJIMATKAN TENAGA SEPERTI PETI SEJUK, ALAT PENYAMAN UDARA, LAMPU, KIPAS ANGIN DAN TELEVISYEN

* PENGECUALIAN DUTI IMPORT 100 PERATUS DAN DUTI EKSAIS 50 PERATUS KEPADA PEMEGANG FRANCAIS YANG MENGIMPORT KERETA HIBRID CBU BARU BERKAPASITI ENJIN BAWAH 2,000 CC. PENGECUALIAN ADALAH BAGI TEMPOH DUA TAHUN SEBAGAI PERSEDIAAN UNTUK MEMASANG DALAM NEGARA

* KADAR CUKAI KE ATAS DIVIDEN YANG DITERIMA OLEH PELABUR INSTITUSI ASING DARIPADA AMANAH PELABURAN HARTANAH (REIT) AKAN DIKURANGKAN KEPADA 10 PERATUS DARIPADA 20 PERATUS

* KADAR CUKAI KE ATAS REIT DIKURANGKAN KEPADA 10 PERATUS DARIPADA 15 PERATUS.

* BONUS SEBULAN GAJI UNTUK KAKITANGAN AWAM, TERTAKLUK KEPADA MINIMUM RM1,000. PEMBAYARAN DUA KALI PADA SEPTEMBER DAN DISEMBER 2008

* EKONOMI MALAYSIA DIUNJUR TUMBUH SEBANYAK 5.4 PERATUS PADA 2009

* PERDAGANGAN LUAR PADA 2009 KEKAL KUKUH DENGAN EKSPORT BERKEMBANG PADA 4.6 PERATUS

* PENDAPATAN PER KAPITA PADA 2009 DIANGGARKAN NAIK SEBANYAK 8.1 PERATUS KEPADA RM27,900

* INFLASI PADA 2009 DIJANGKA SEDERHANA, BERIKUTAN PELBAGAI LANGKAH TANGANI KENAIKAN HARGA.
 
 
**********************************************************************
 
    KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) -- Berikut adalah intipati Bajet 2009, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Dewan Rakyat.

* Bertemakan Kerajaan Prohatin, Bajet 2009 tertumpu kepada tiga strategi khusus iaitu, menjamin kesejahteraan rakyat, membangun modal insan berkualiti dan memperkukuh daya tahan negara.

* Kerajaan akan melaksanakan pelbagai langkah bertujuan meringankan beban kos sara hidup, terutamanya ke atas golongan berpendapatan rendah dan yang kurang bernasib baik.

JARINGAN KESELAMATAN SOSIAL

* Kerajaan telah menaikkan tahap kelayakan pendapatan isi rumah bagi pemberian bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat. Kelayakan pendapatan isi rumah kini ditingkatkan daripada RM400 sebulan kepada RM720 sebulan untuk semenanjung, RM830 sebulan untuk Sarawak dan RM960 untuk Sabah.

* Menghargai jasa pesara, dan bagi membantu pesara berpendapatan rendah yang menghadapi kesukaran untuk menampung sara hidup harian, pesara kerajaan yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 25 tahun akan menerima pencen tidak kurang daripada RM720 sebulan mulai 1 Jan, 2009.

* Kerajaan akan menubuhkan satu tabung khas berjumlah RM25 juta bagi menyalurkan pemberian kewangan kepada keluarga yang hilang punca punca pendapatan secara mengejut seperti akibat kemalangan.

* Memandangkan tanggungjawab besar ibu pelihara di Rumah Tunas Harapan, kerajaan telah menaikkan jumlah Elaun Ibu Pelihara daripada RM600 kepada RM1,000 sebulan. Kenaikan ini berkuatkuasa mulai 1 Sept, 2008.

MEMBASMI KEMISKINAN

* Kerajaan telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan daripada 5.7 peratus pada 2004 kepada 3.6 peratus pada tahun 2007.

* Kerajaan telah menyediakan RM50 juta dibawah Program Bantuan Rumah untuk membina 1,400 rumah baru dan membaikpulih 1,000 buat rumah.

* Usaha akan terus diambil untuk meningkatkan pendapatan dan kualiti hidup rakyat di Sabah dan Sarawak, terutamanya untuk mempertingkatkan kemudahan asas, seperti bekalan elektrik, air dan jalan luar bandar. Untuk ini, RM580 juta disediakan bagi Sabah dan Rm420 juta untuk Sarawak.

* Isi rumah yang membayar bil elektrik RM20 dan ke bawah sebulan tidak perlu membayar bil elektrik berkuatkuasa 1 Okt, 2008 sehingga akhir 2009.

MENINGKATKAN PENDAPATAN BOLEH GUNA RAKYAT

* Kerajaan cadangkan rebat cukai RM350 seorang yang diberikan pada masa ini, dinaikkan kepada RM400 bagi pendapatan bercukai RM35,000 dan ke bawah.

* Kerajaan cadangkan pendapatan faedah ke atas simpanan bagi individu dikecualikan cukai.

* Bagi menangani kesan kenaikan harga barangan pengguna, kerajaan mencadangkan duti import ke atas beberapa barangan pengguna dikurangkan daripada di antara 10 peratus dan 60 peratus kepada di antara lima peratus dan 30 peratus.

* Kerajaan akan mengurangkan kadar cukai jalan kenderaan penumpang persendirian berenjin diesel milik individu dan syarikat supaya sama dengan kadar cukai jalan kenderaan berenjin petrol berkuat kuasa 1 Sept, 2008.

MENJAMIN KEBAJIKAN PEKERJA

* Kerajaan akan memberi pengecualian cukai sepenuhnya kepada eluan perjalanan pekerja antara rumah dan tempat kerja yang diberikan oleh majikan manakala pekerja yang menerima elaun perjalanan diberi pengeculian cukai sehingga RM2,400 setahun.

* Kerajaan cadang memberi pengecualian cukai kepada majikan keatas manfaat yang dinikmati pekerja seperti bantuan kadar faedah bagi pinjaman berjumlah sehingga RM300,000 perumahan, kenderaan bermotor dan pendidikan, telefon mudah alih serta bil telekomunikasi dan langganan Internet yang dibayar oleh majikan, nilai diskaun sehingga RM1,000 setahun ke atas barangan jualan syarikat yang ditawarkan kepada pekerja, nilai diskaun ke atas perkhidmatan yang diniagakan oleh syarikat yang ditawarkan kepada pekerja dan elaun penjagaan anak sehingga RM2,400 setahun bagi anak-anak pekerja.

* Pengecualian cukai keatas manfaat perubatan yang disediakan oleh majikan tidak merangkumi perbelanjaan materniti. Kerajaan mancadangkan memperluaskan pengecualian cukai kepada perbelanjaan materniti.

* Kakitangan kerajaan yang diberi kemudahan tambang pergi balik percuma sekali dalam tempoh dua tahun untuk mengunjungi wilayah asal iaitu diantara Semenanjung Malaysia dan Sabah dan Sarawak, mulai 1 Jan, 2009 boleh berbuat demikian sekali setahun.

MENAMBAH BAIK PENGANGKUTAN AWAM

* Jumlah bas RapidPenang akan ditambah dengan 200 bas lagi dan dengan ini perkhidmatan bas tersebut dijangka dapat diperluaskan lagi dengan 14 jaringan laluan baru.

* Untuk meningkatkan kecekapan pengangkutan awam, sebanyak RM35 bilion akan dibelanjakan dalam tempoh 2009 hingga 2014.

* Untuk memperluaskan lagi jaringan perkhidmatan rel bandar di Lembah Kelang, satu laluan LRT baru sepanjang 42km akan dibina dari Kota Damansara ke Cheras.

* Perkhidmatan rel komuter Keretapi Tanah Melayu Bhd akan dipertingkatkan.

* Kerajaan juga sedang membina terminal pengangkutan bersepadu di Bandar Tasik Selatan bertujuan menyediakan kemudahan kepada teksi dan bas antara bandar daripada kawasan selatan Semenanjung.

* Bagi menyediakan kemudahan kepada teksi dan bas antara bandar daripada kawasan utara Semenanjung, satu terminal pengangkutan bersepadu yang baru akan dibina.

* Menyediakan kemudahan pinjaman mudah melalui Dana Pengangkutan Awam RM3 bilion di bawah Bank Pembangunan Malaysia Bhd untuk membiayai perolehan aset bas dan rel.

* Mengurangkan bayaran tol sebanyak 50 peratus bagi semua bas, kecuali di pintu masuk sempadan iaitu Tambak Johor, Link Kedua dan Bukit Kayu Hitam untuk tempoh dua tahun bermula 15 Sept, 2008.

* Pengusaha semua bas diberi pengeculaian cukai jualan ke atas pembelian bas baru yang dipasang dalam negara.

* Selain itu, cukai jalan dikurangkan kepada RM20 setahun bagi semua bas dan teksi, termasuk kereta sewa dan limosin.

* Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat akan ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri untuk merancang, mengintegrasi, mengawal selia dan memajukan sistem pengangkutan pengangkutan awam.

DASAR JAMINAN MAKANAN

* Sebanyak RM5.6 bilion disediakan di bawah Dasar Jaminan Makanan Negara bagi tempoh 2008 sehingga 2010.

* Dalam usaha meningkatkan hasil tangkapan ikan, peruntukkan RM300 juta telah disediakan. Daripada jumlah ini, RM180 juta disediakan untuk menampung sara hidup nelayan dan pemilik bot perikanan serta RM120juta sebagai insentif tangkapan ikan.

* Kerajaan cadang penternak ayam dan itik diberi Elaun Pelaburan Semula sebanyak 60 peratus bagi tempoh 15 tahun bagi pelaburan tambahan.

MENJANA PENDAPATAN MELALUI KREDIT MIKRO

* Kerajaan menyediakan peruntukan dana modal pusingan RM100 juta untuk membiayai program Kewangan Mikro Bandar, dibawah Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM). AIM yang telah beroperasi di Kuala Lumpur bagi membantu golongan sasaran isi rumah berpendapatan RM2,000 sebulan dan ke bawah akan diperluaskan skop ke bandar-bandar di seluruh negara mulai awal 2009.

MENINGKATKAN TARAF HIDUP ORANG ASLI

* Sebanyak RM160 juta telah diperuntukan untuk mempergiatkan lagi usaha menyediakan peluang pendidikan, kesihatan dan kemudahan asas yang lebih baik kepada masyarakat Orang Asli.

MEMBANTU GOLONGAN KURANG BERNASIB BAIK

* Menyedari ada di antara Orang Kurang Upaya (OKU) yang tidak berupaya bekerja, kerajaan akan memberi elaun RM150 sebulan kepada mereka.

* Elaun murid OKU di sekolah pendidikan khas akan ditambah daripada RM50 kepada RM150, sementara bayaran insentif RM200 sebulan disediakan untuk pembantu guru di sekolah berkenaan.

MENINGKATKAN PROGRAM PERUMAHAN

* Sebanyak RM330 juta disediakan kepada Jabatan Perumahan Negara untuk menyiapkan hampir 4,400 unit rumah Program Perumahan Rakyat (PPR) Disewa, 1,500 unit PPR Bersepadu dan 600 unit PPR Dimiliki. Syarikat Perumahan Negara Bhd akan membina 33,000 rumah kos rendah.

* Kerajaan akan menambah baik syarat pinjaman perumahan anggota perkhidmatan awam dengan melanjutkan tempoh pinjaman perumahan daripada 25 tahun kepada 30 tahun.

* Kerajaan juga akan memberi kemudahan pinjaman perumahan bagi kerja ubah suai ke atas rumah yang tidak dibeli melalui pinjaman perumahan kerajaan.

* Membuka panel insurans pinjaman perumahan kerajaan kepada semua syarikat insurans yang layak.

MENGURANGKAN KOS MEMILIKI RUMAH

* Pembeli rumah kos rendah diberi pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas semua surat cara, termasuk surat cara perjanjian pinjaman.

* Bagi pembeli rumah kos sederhana pada harga sehingga RM250,000 hanya diberi pengecualian duti setem 50 peratus ke atas surat cara pindah milik sahaja.

MENGGALAKKAN TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT

* Kerajaan akan menyediakan geran sepadan satu ringgit bagi satu ringgit yang dibelanjakan olek sektor swasta untuk Program Amal Jariah dan sebagai permulaan, RM100 juta akan disediakan.

MEMANTAPKAN PERKHIDMATAN KESIHATAN

* Perkhidmatan Kesihatan telah diperuntukan sebanyak RM13.7 bilion untuk meningkatkan kemudahan dan peralatan kesihatan, menambah bekalan ubat, membangunkan sumber manusia, mengiatkan aktiviti peyelidikan dan meningkatkan penguatkuasaan di samping pembinaan hospital, kuarters dan klinik.

* Duti eksais specifik keatas rokok dinaikkan sebanyak tiga sen sebatang daripada 15sen sebatang kepada 18sen sebatang. Dengan cukai ini sekotak rokok 20 batang kini meningkat sebanyak 60sen.

* Kadar bayaran insentif pakar perubatan akan dinaikkan.

* Kerajaan juga akan menbayar kadar bayaran insentif pasukan perubatan udara di Sabah dan Sarawak.

MENAMBAH KEMUDAHAN AWAM

* Bajet 2009 menyediakan peruntukan RM1.8 bilion untuk menambah kemudahan asas dan infrastruktur di luar bandar. * Kerajaan peruntukan RM3 bilion untuk melaksanakan projek infrastruktur di Sabah dan RM3.3 bilion untuk Sarawak bagi tujuan yang sama.

MEMBANGUNKAN MODAL INSAN BERKUALITI

* Sejumlah RM47.7 bilion iaitu 23 peratus daripada Bajet 2009 diperuntukkan untuk pendidikan dan latihan.

MEMPERTINGKATKAN PROGRAM LATIHAN DAN KEMAHIRAN

* Sejumlah RM2.4 bilion diperuntukan bagi mempertingkatkan kemudahan serta menjalankan program latihan dan kemahiran.

* Sejumlah RM200 juta diperuntukkan kepada Institut Latihan Perindustrian (ILP dan Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC).

* Kerajaan akan menambah bilangan jururawat di hospital kerajaan dan RM70 juta disediakan untuk melatih 5,600 jururawat.

MENINGKATKAN KUALITI PENDIDIKAN

* Kementerian Pelajaran diperuntukan RM31 bilion untuk menyediakan pendidikan bagi manfaat 5.8 juta pelajar.

* Sejumlah 110 buah sekolah rendah dan 181 buah sekolah menengah baru akan dibina bagi mengatasi masalah kekurangan sekolah dan mengantikan sekolah-sekolah yang telah usang.

* Bagi meningkatkan kualiti pembelajaran di peringkat pengajian tinggi, peruntukan RM14.1 bilion disediakan kepada Kementerian Pengajian Tinggi.

MEMPERGIATKAN PEMBANGUNAN KORIDOR PERTUMBUHAN

* Bajet 2009 memperuntukkan RM6 bilion untuk pembangunan lima koridor -- Iskandar Malaysia, Wilayah Ekonomi Koridor Utara, Wilayah Koridor Pantai Timur, Koridor Pembangunan Sabah dan Koridor Tenaga Diperbaharu Sarawak.

MEMPROMOSIKAN PELANCONGAN

* Kerajaan menyediakan peruntukan RM50 juta untuk kerja pemuliharaan di Pulau Pinang dan Melaka sejajar dengan usaha Unesco mengisytiharkan Melaka dan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia.

PELAN TENAGA NEGARA

* Kerajaan mencadangkan pengecualian cukai antaranya bagi duti import dan cukai jualan ke atas peralatan sistem solar photovoltaic dan cukai jualan ke atas peralatan sistem pemanasan solar keluaran tempatan.

MENJAMIN KESELAMATAN AWAM

* Bajet 2009 menyediakan peruntukan RM5.4 bilion bagi meningkatkan keupayaan Polis DiRaja Malaysia (PDRM)

BONUS

* Kerajaan bersetuju untuk memberi bonus bersamaan sebulan gaji dengan minimum RM1,000 bagi tahun ini. Bonus ini akan diberi dalam dua bayaran iaitu September dan Disember.

-- BERNAMA
 
 
**********************************************************************
 
 
 
  Copyright 2008 BERNAMA
All rights reserved.
This material may not be published, broadcast,
rewritten or redistributed in any form except with the prior express permission of BERNAMA.
Disclaimer.
Best viewed in Internet Explorer 4.0 & above with 1024 x 768 pixels